Siapa antara korang yang tak pernah pergi Menara Berkembar Petronas atau KLCC? Admin percaya mesti ramai antara kita pernah jejakkan kaki ke sana.
Bangunan yang berketinggian 452 meter dan diangkat sebagai Menara Berkembar Tertinggi di dunia ni sebenarnya banyak kisah disebalik pembinaannya yang penuh pancaroba.
Malah ada satu tahap ia hampir-hampir dirobohkan! Jom baca kisah yang dikongsikan @fadryyy_ di twitter ni.
Tentang KLCC Yang Ramai Tak Tahu Semasa Pembinaan Sewaktu Ketika Dahulu .
Korang tahu tak pembinaan KLCC tu dulu banyak masalah ? Try tengok senarai masalah ni . pic.twitter.com/KJvPUzHQ9E
— 𝒄𝒉𝒐𝒊𝒔𝒂𝒏'𝒔 (@chois7n_) July 9, 2019
Tapak pembinaan KLCC ialah kawasan batu kapur yang REPUT dan RAPUH…
Salah satu menara KLCC ter-SENGET! Dah bina separuh jalan baru nampak.
KLCC berhayun kiri kanan dan jambatan tengah tu boleh burukkan lagi keadaan kalau…
Kalau ikutkan memang banyak masalah yang berlaku sewaktu pembinaan KLCC ni, memang mencabar habis.
Mesti korang emo kan? Iyelah kalau dah tau banyak masalah sana sini kenapa teruskan dengan mega project ni? Well ini part yang paling menarik, korang tengok macam mana dorang ‘selesaikan’ semua masalah ni..serius admin pun kagum!
Waktu Tun Mahathir request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? Tapi…
Bajet tak cukup! Malaysia just mampu sediakan bajet untuk 6 tahun je, so KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur.
Dorang bina sendiri tapak keras dan ‘cacak kan’ KLCC 120meter dalam tanah, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.
Masalah hujan lebat! Dorang ‘payung’ tapak dengan kanvas seluas 5 khemas sarkas.
Risiko menara saling menarik time berhayun. Jurutera reka ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan benda tu bergerak.
Waktu jambatan tengah tergantung tingkat berapa entah, seluruh tapak pembinaan blackout kena sambar petir. Tapi apa dorang buat…
Sumpah admin meremang bila admin baca ni, nak menitis air mata.