Baru-baru ini, satu rakaman telah tersebar di laman sosial selepas didedahkan oleh media Ukraine dan Anton Herashchenko, seorang penasihat bagi Menteri Dalam Negeri Ukraine.
Memetik portal The Guardian, rakaman terbabit difahamkan adalah kata-kata terakhir askar Ukraine yang menjaga sempadan di Pulau Ular di Laut Hitam sebelum mereka terkorban dalam serangan pencerobohan oleh Rusia.
Untuk pengetahuan, Pulau Ular yang berkeluasan kira-kira 40 ekar itu dimiliki oleh Ukraine dan terletak sekitar 300 kilometer dari barat Crimea. Difahamkan, pulau terbabit telah dibom oleh tentera Rusia pada Khamis lalu.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kesemua 13 askar yang ditempatkan di Pulau Ular terkorban dalam serangan terbabit. Pun begitu, mereka semua dianugerahkan gelaran Wira Ukraine kerana keberanian mereka mempertahankan negara walaupun nyawa sendiri sudah dihujung tanduk.
“Kesemua askar di sempadan meninggal dunia sebagai seorang wira. Mereka tak menyerah kalah,” kata Zelenskiy.
Setakat artikel ini ditulis, rakaman yang dikongsikan di saluran YouTube akhbar dalam talian Ukraine, Ukrayinska Pravda sudah meraih lebih tiga juta tontonan. Korang boleh dengar rakaman tu kat sini.
Berikut, min akan kongsikan penterjemahan semula dialog dalam video tersebut.
Suara 1: Ini adalah kapal perang Rusia. Kami cadangkan anda turunkan senjata dan menyerah kalah untuk mengelakkan pertumpahan darah dan mangsa yang tak sepatutnya. Jika tidak, anda akan dibom. (Diulang dua kali)
Suara 2: Kapal perang Rusia, pergi mampus!
Media tempatan melaporkan, setelah pulau terbabit dibom, Rusia telah mengerahkan askarnya untuk turun padang dan mengambil alih pulau terbabit.
Sumber: The Guardian