Elok Musk telah dituduh melakukan gangguan seksual kepada pramugari SpaceX pada tahun 2016 semasa dalam perjalanan dengan jet peribadinya ke London, United Kingdom.
Dalam kejadian itu, Musk dituduh menayangkan kemaluannya semasa diurut wanita itu dan turut menawarkan untuk membeli seekor kuda sekiranya bersetuju untuk melakukan ‘lebih banyak lagi’.
SpaceX didakwa membayar sebanyak $250,000 (bersamaan RM1.1 juta) pada tahun 2018 bagi menutup mulut pramugari itu. Wang gantirugi itu diberikan selepas pramugari itu membuat aduan kepada Jabatan Sumber Manusia SpaceX.
Pramugari itu difahamkan telah menandatangani perjanjian untuk tidak mendakwa atau mendedahkan maklumat tentang Musk atau perniagaanya.

Rakan pramugari itu mendedahkan perbuatan bilionair itu kepada Business Insider dimana Musk telah menyentuh paha dan cuba merasuah untuk melakukan serangan seksual. Rakan pramugari itu turut menjelaskan rakannya itu menolak ajakan tersebut dan telah menyebabkan waktu bekerjanya dikurangkan sebagai bentuk hukuman.
Tampil menjawab tuduhan itu, Musk menyifatkan kontroversi itu direka ‘bermotif politk’. Tambah Musk lagi, sekiranya beliau cenderung untuk terlibat dengan gangguan seksual, ini tidak mungkin adalah kejadian kali pertama sepanjang kariernya selama 30 tahun.
Sumber: Utusan Malaysia
Baca: Perkhidmatan Internet Satelit Starlink Elon Musk Bakal Masuk Malaysia 2023! Tapi…