Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil ini, RM100 sangat bernilai bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Kalau jadi suri rumah tangga, RM100 itu sudah boleh dibelanjakan untuk beli barangan basah di pasar untuk beberapa hari tau!
Namun tidak semua dalam kalangan kita berfikiran begitu. Bagi mereka yang sudah terbiasa hidup mewah, RM100 itu ibarat RM10 bagi mereka yang boleh dihabiskan dalam masa beberapa minit.
Samalah seperti gadis yang tular di media sosial baru-baru ini kerana merungut RM100 yang diberikan ibunya tidak cukup menampung perbelanjaannya untuk satu hari. Erkk…
“Ibu beri saya RM100 untuk hari ini, macam mana saya nak survive ni,” tulisnya sedih.
Berikutan tweet tersebut, gadis berkenaan telah menerima cemuhan daripada netizen di Twitter kerana dilabel ‘tidak bersyukur’ dan mempunyai sikap yang sangat menjengkelkan.
Bagaikan tidak ‘makan saman’ gadis itu sempat membidas beberapa tweet yang mengecamnya namun kemudian mengambil tindakan memadam tweet tersebut kerana tidak tahan dikecam secara beramai-ramai.
Tidak cukup dengan itu, ada juga dalam kalangan netizen yang berkongsi pengalaman dan tips bagaimana hendak berjimat cermat dengan hanya RM10 dalam tempoh seminggu. Wow! Teach me master!
Tweet gadis itu juga telah mendapat perhatian pelakon penuh kontroversi, Fathia Latiff yang kecewa dengan sikap generasi masa kini. Untunglah Fathia pun perasan tweet awak ye!
Kesan daripada kecaman yang diterimanya bertubi-tubi, gadis tersebut telah menukar semua platform media sosialnya kepada mode private.
Sebelum nak tweet apa-apa periksa dulu sama ada apa yang kita nak cakap tu boleh diterima ramai atau tidak. Jangan ikut suka hati luahkan perasaan. Tak pasal-pasal dah kena kecam. Semoga remaja di luar sana ambil iktibar daripada kesilapan ini dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Baca: “Cakap guna otak, bukan hidung!” – Netizen Bengang Wanita Kecam Anak Muda Banyak Mengeluh