“Knock knock, mahuku perhatian” siapa ingat lagu ni?
Lagu ‘Knock knock’ yang dipopularkan oleh Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy kini semakin berani menampilkan gaya seksi. Baru-baru ini juga Lizzy telah menggeluarkan lagu baru yang bertajuk ‘Polis Entry’.

Sumber: Projekmm
Menurut Lizzy, dia sudah boleh mengawal diri dan tidak terlalu memandang serious dengan komen netizen. Lizzy akui yang dulu dia amat terkesan dengan komen netizen tapi sekarang tidak lagi! Yela kalau asyik fikir kritikan negatif netizen je, mana boleh kan?
Dia sengaja tampil seksi untuk tunjukkan sisi yang berbeza dari yang dulu so dia tak kisah dilabel seksi atau apa. Kalau berlebihan, ibunya akan tegur dan kalau ibunya masih ok, maksudnya still ok la tu. Janji selesa ye ke idok?
Lizzy terima komen yang positif, abaikan komen yang negatif
Segala kritikan yang membina, Lizzy ambil secara positif dan perbaiki kelemahan yang ada. Kritikan yang negatif dan merepek dia abaikan.
Ibu Lizzy pun ok je katanya, so kita sokong je selagi tak keterlaluan! Siapa lagi yang nak support artis tanah air kita sendiri kan?
Nak lelaki tinggi
Mengenai jodoh pula, setakat ini dia masih belum bertemu yang berkenan di hati. Ciri-ciri lelaki yang dicari haruslah tinggi daripadanya dan berintegriti.

Sumber: malaysia.my
Sama-sama kita doakan Elizabeth Tan bertemu jodoh dengan jejaka idamannya ok!
Baca: 300 Orang di Kelantan Dapat Notis Kaunseling Kerana Seksi dan Perangai Tak Senonoh

