in

Elakkan Kebakaran, Ini 5 Perkara Korang Wajib Check Sebelum Balik Kampung

ft wajib check sebelum balik kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut portal rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, statistik pada tahun 2017 menunjukkan antara punca kebakaran yang mencatat kes tertinggi adalah daripada elektrik yang melibatkan litar pintas.

Dengan 1 Syawal yang bakal menjelang ini, mesti ramai di antara kita yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meluangkan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara.


23hm31aa 1498173414

Jadi, sebelum korang tinggalkan rumah tu jom tengok 5 perkara yang korang wajib check sebelum gerak balik kampung berdasarkan tips daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh bantu kurangkan risiko kebakaran.

1. Tutup suis yang tidak digunakan

20170726122011 big

Pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik daripada terus mengalir.

 

2. Gunakan ‘timer’ jika perlu

IMG 4277 1024x683 1

Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari.

 

3. Jangan bebankan soket rumah anda

Soket elektrik 2 e1672401290161 1

Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan. Peringatan ini juga ditujukan kepada mereka yang selalu menggunakan extension cord, kalau boleh jangan menggunakannya sehingga membebankan soket rumah anda.

 

4. Pastikan peralatan elektrik yang digunakan tidak rosak

k3 2

Pastikan apa jua peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik itu tidak rosak.

 

5. Simpan ‘extension cord’ dengan cara yang betul

49565 ilustrasi kabel stopkontak

Buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkan daripada terlalu panas jika digunakan.

Semua perkara ini dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kebakaran di kediaman kita. Jadi sebelum bergerak balik jangan lupa check dulu!

Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu korang memastikan tahap keselamatan rumah masing-masing.

Selamat pulang berhari raya!

Sumber : Portal Rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, SInarPlus, Berita Harian, Utusan

Baca : Keluarga Mangsa Kebakaran Flat Sri Johor, Cheras Bakal Terima Wang Ihsan RM1,000 – PM

ft flat sri johor cheras terbakar 1 728x383 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.