Kebelakangan ini, isu halal minuman viral bubble tea semakin mendapat perhatian di Malaysia.
Sejak ia heboh diperkatakan di Facebook, kegilaan terhadap minuman yang berasal dari Taiwan ini mencetuskan perbincangan dan sedikit kekecohan terutamanya dalam kalangan Muslim.
Bukan senang nak sahkan bubble tea halal!
Prihatin dengan isu ini, seorang senior executive dari Halal Industry Development Corporation (HDC) membincangkan kehalalan bahan mentah sering digunakan untuk buat minuman itu.
Menerusi laman itu, dapat dilihat antara bahan yang ada termasuk serbuk perasa, sirap berperisa, toppings dan pearl diperbuat dari ubi kayu.
Bagi yang tak tahu, HDC merupakan syarikat di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Ia bertanggungjawab menyelaras pembangunan industri halal negara serta fokus dalam membangunkan standard halal menerusi audit dan pensijilan produk-produk dan servis buat syarikat-syarikat tempatan, untuk pasaran global.
E471, E472 dan pengemulsi
Katanya, menerusi semakan di Internet ada 3 bahan makanan yang mempunyai risiko diperbuat daripada haiwan darat.
Bahan-bahan itu adalah E471 mono & diglycerides of fatty acids, E472 yang diperolehi dari gliserin dan pengemulsi (emulsifier).
Jelasnya, berdasarkan 45 bahan yang disenaraikan 23 daripadanya boleh dianggap syubhah jika pengemulsi itu dilabel sebagai berisiko.
Sijil dan standard halal JAKIM
Harus juga diingatkan status halal sesuatu premis juga bukan sesenang itu diluluskan. Ia harus menepati standard halal JAKIM.
Menurut laman web JAKIM sendiri, antara sebab sesuatu permohonan sijil pengesahan halal itu ditolak adalah:
- Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
- Produk yang tidak halal;
- Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
Sijil pengesahan halal ini hanya akan dikeluarkan sekiranya syarikat itu membuat permohonan terus kepada mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri untuk pasaran tempatan.