in

Ejen Pelancongan Yang Didakwa Mengugut Pasangan Di Jepun Ditahan Di Sepang

syaz ft 2025 07 16T110127.308

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ejen pelancongan berusia 36 tahun ditahan di sebuah restoran di Sepang semalam kerana didakwa mengugut pasangan suami isteri di Jepun pada Januari lalu.

Suspek ditahan berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 28 Januari selepas mereka pulang dari Jepun.


Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata suspek dikenali mangsa melalui agensi pelancongan berlainan.

Artikel berkaitan: Tak Puas Hati Termasuk Kawasan, Wanita Tempatan Dibel*sah Pengusaha Pelancongan Lelaki Dari Malaysia Di Tokyo

Artikel berkaitan: Sebuah Kereta Rempuh Sekumpulan Pengunjung Di Kea Farm Cameron Highlands, 4 Pelancong Dilaporkan Cedera

“Siasatan awal menunjukkan motif kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap pengurusan membawa pelancong ke Jepun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurut laporan New Straits Times, Norhizam berkata suspek ditahan jam 5 petang semalam, dan permohonan reman akan dibuat di mahkamah majistret Sepang hari ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk memutuskan tindakan seterusnya,” katanya lagi.

Terdahulu, mangsa yang juga pemandu pelancong, Noornabilla Azemi, 36, mendakwa dia dipukul, kepalanya dihentak pada rangka katil, dan menerima ugutan bunuh daripada suspek.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di rumah sewa seorang rakannya di Jepun pada 24 Januari lalu.

 

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.