Dunia digemparkan dengan pencerobohan tentera Rusia ke negara jirannya, Ukraine baru-baru ini. Rentetan dari peristiwa itu, perang antara kedua-dua negara itu sedang berlaku.
Memandang serius tentang perkara itu, Perancis menunjukkan solidariti kepada rakyat Ukraine dengan menyalakan lampu kuning dan biru di sebuah mercu tanda popular milik negara itu, Menara Eiffel. Memetik laporan dari Snopes, menara yang sinonim dengan percintaan itu memasang lampu berwarna kuning dan biru, iaitu warna sama yang ada pada bendara Ukraine.

Mercu tanda dunia
Selain Menara Eiffel, ada juga beberapa mercu tanda dunia yang turut menyalakan lampu kuning dan biru sebagai simbolik sokongan kepada negara Ukraine yang diserang oleh tentera Rusia baru-baru ini. Korang boleh tengok mercu tanda lain yang turut bersolidariti untuk Ukraine kat bawah ni.
London Eye, London United Kingdom

Trafalgar Square, London, United Kingdom

Empire State Building, New York, Amerika Syarikat

Veliko Tarnova, Bulgaria

St. George’s Hall, Liverpool, United Kingdom

Bradenberg Gate, Berlin, Jerman

Mole Antonelliana, Turin, Itali

Baca: Tindakan PSG Tempah Menara Eiffel Pada 10 Ogos Timbul Persoalan, Messi Ke Paris?

