Seronok bila tengok perpaduan di Malaysia ni, tidak kira kaum ataupun bangsa masing-masing saling menghormati antara satu sama lain.
Sama seperti satu video yang tular di TikTok beberapa hari lepas apabila beberapa buah keluarga berbangsa Cina telah datang menyambut hari raya di kampung rakan mereka yang berbangsa Melayu.
Sanggup datang dari Kuala Lumpur!
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @intan.ayunii, dia menunjukkan beberapa buah kereta milik rakan yang berbangsa Cina telah tiba di kampung yang terletak di Perak. Bukan datang seorang, setiap rakannya itu membawa juga ahli keluarga yang lain untuk beraya bersama-sama.
Kawan sekerja bangsa Cina datang ke Perak dari Kuala Lumpur untuk sambut hari raya.
Di ruangan komen, Intan memberitahu rakan-rakannya dihidangkan juadah hari raya seperti rendang, kuah kacang dan lemang.
Kata Intan, mereka semua sanggup memandu dari Kuala Lumpur lebih dari dua jam untuk sampai ke teratak ibunya untuk berhari raya bersama-sama.
Artikel berkaitan: Jalan Sesak Hari Raya, Penduduk Cina Baik Pulih ‘Jalan Tikus’ Untuk Kegunaan Orang Ramai
Artikel berkaitan: “Ni baru 1 Malaysia” – Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Dataran Putrajaya
Bersalam-salaman bila nak balik
Selepas puas makan hidangan hari raya, keluarga Intan turut menggoreng keropok ikan untuk dijadikan kudap-kudapan sambil berborak. Mereka juga sempat membuat video ucapan selamat hari raya dan bersalam-salaman sewaktu hendak pulang.
@intan.ayunii Effort dorang nak datang kita kasi A+. Selamat Hari Raya Gengg!!!🌸 #raya2024 #raya #lebaran2024 #fyp
Di ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat momen terindah yang dirakam oleh Intan. Mereka memuji hubungan silaturahim dan perpaduan antara keluarga Intan dan rakan-rakannya yang berbangsa Cina.
Happy tengok diorang beraya sama-sama..
Sumber: TikTok