Baru-baru ini tular di media sosial selepas sebuah restoran yang terkenal di ibu negara Kuala Lumpur sekitar Kampung Baru kerana tidak mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan.
Menerusi perkongsian di Twitter milik @antaintiom, dia kongsikan beberapa video asal dari TikTok yang memaparkan cara pekerja di restoran itu menyediakan makanan di bahagian dapur. Walau bagaimanapun, video asal di TikTok itu kini difahamkan telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut.
Dalam video yang pertama, pekerja di restoran itu hanya meletakkan ayam yang telah digoreng di bahagian atas dapur tanpa sebarang alas selain hanya mencurah air di minyak untuk menghadirkan bunyi gorengan.
Boleh dilihat menerusi video yang dikongsikan di bebenang tweet wanita ini seperti kentang yang dilenyekkan di bahagian belakang restoran dengan hanya menggunakan botol yang dibaluti plastik. Korang boleh tengok videonya di bawah ni.
“Eee, kotor sangat ni… Dah la selalu jugak makan sini”
Bukan itu sahaja, aktiviti mencuci ayam juga difahamkan dibuat dengan sambil lewa tanpa membersihkan dengan sebaiknya. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata geli dan kecewa selepas video itu tular.
Malah, ada juga yang mengatakan bahawa mereka mula untuk menyoalkan kualiti dan juga tahap kebersihan restoran popular yang lain sehingga meminta untuk pihak berkuasa supaya kerap melakukan ‘spot-check’.
“Kedai2 macamni eloknya kena check mengejut… Baru tahu langit tinggi ke rendah” – Netizen
Min harap lepas ni semua lebih berjaga-jaga yaa… Pekerja di restoran pula, pastikan sentiasa jaga SOP dalam dapur okay?
Baca: “Kotor hitam macam terbakar” – Kilang Fucuk Di Pulau Pinang Penuh Dengan Najis Tikus, Lalat & Lipas