in

“Editing budak sekolah” – Drama ‘Bukan Gadis Biasa’ Terima Kecaman Netizen

cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Jika anda sekeluarga sering berbuka puasa di hadapan televisyen, pasti anda tahu akan drama Bukan Gadis Biasa yang kini sedang bersiaran di Slot Akasia TV3.

Drama Bukan Gadis Biasa ini mengisahkan Johana (Ayda Jebat) yang berubah perwatakannya persis lelaki apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya.


a 1

Terbaru, drama arahan Azman ‘Jinggo’ ini mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan kualiti editing dan camera work yang dikatakan seolah-olah hanya tangkap muat.

Dalam video klip yang dikongsikan di laman Twitter, terlihat sebuah babak di mana Ayda Jebat sedang dalam keadaan cemas mahu menyelamatkan rakannya daripada dirogol oleh dua gangster, yang kemudiannya diselamatkan oleh watak Remy Ishak.

Namun, jika anda perhatikan dengan teliti babak ini, seolah-olah ianya disunting secara sambil lewa walhal drama ini ditayangkan di stesen nombor satu Malaysia TV3.

Malah, drama ini turut mendapat kecaman daripada netizen yang turut kurang berpuas hati dengan kualiti suntingan.

“Tak sangka mamat jahat dua orang mcm tu cita rasa dia”

1 8

“Macam video pertandingan…”

2 5

“Macam assignment…”

3 3

“Camera work tah kemana…”

4 2

Apa komen korang?

Kredit: Afiq Rahem

 

BACA: “Awat pelik doa depa ni” – [VIDEO] Tersalah Baca Niat Puasa Masa Sahur Dalam Drama, Ramai Yang Terhibur Dengan Remy Ishak

Capture 4

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.