in

“Edisi khas ni”- Kedai Kopitiam Di KL Ini Keluarkan Kalendar Tahun Baru 2023A

f4 kalendar 2023A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina kurang gemar dengan nombor empat kerana sebutan nombor empat dalam bahasa Cina menyerupai dengan perkataan yang bermaksud mati dalam bahasa tersebut.

Sebuah kedai kopitiam yang popular di Kuala Lumpur iaitu Jia Kopitiam telah menjadi perhatian ramai apabila restoran berkenaan mengeluarkan kalendar edisi khas sempena tahun baru nanti iaitu kalendar 2023A bagi menggantikan kalendar 2024.


Difahamkan, kalendar edisi khas itu boleh didapati oleh pelanggan-pelanggan mereka yang datang makan di kedai kopitiam itu.

6 1 1

Artikel Berkaitan: Dah Masuk Bulan Hantu? Ini 11 Pantang Larang Orang Cina Sepanjang ‘Ghost Month’

Artikel Berkaitan: “Tak boleh beli kasut time CNY?” – Gadis Ini Kongsi 10 Pantang Larang Kaum Cina Yang Ramai Tak Tahu

Dalam kalendar tersebut, dapat dilihat bahawa tahun yang sepatutnya menjadi tahun 2024 telah ditukar menjadi 2023A.

7 1 2

Perkongsian kalendar edisi 2023A itu telah menghiburkan ramai netizen. Ada juga yang bergurau kenapa tarikh 24 Januari pula tidak ditukar menjadi 23A Januari.

Apa-apa pun, memang genius team marketing kedai kopitiam ni kan. 

Sumber: Facebook Jia Kopitiam 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.