in

Eda Ezrin Mungkin Akan Didenda & Dibebaskan Dari Penjara Narathiwat Hari Ini

eda ezrin bebas penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dikir barat wanita, Eda Ezrin yang kini ditahan Penjara Narathiwat mungkin akan dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian yang memetik sumber NST, penyanyi berusia 30 tahun dari Kelantan itu dijangka dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan mahkamah.


Sumber juga mengatakan selain Eda Ezrin, empat lagi rakyat Malaysia dijangka akan dibebaskan hari ini.

Artikel berkaitan: Keputusan Mahkamah Diketahui Esok, Eda Ezrin Tak Bersedia Ke Penjara

Artikel berkaitan: “Saya yakin akan bebas” – Berat Badan Menyusut, Eda Ezrin Faham Bahasa Thai Dalam Penjara Narathiwat

“Mahkamah Wilayah Narathiwat dijadual menjatuhkan hukuman terhadap enam rakyat Malaysia pagi esok (pagi ini) kerana didakwa memiliki pil Yaba dan mengambil dadah.

“Lima daripada mereka termasuk Eda Ezrin berkemungkinan akan didenda kerana mengambil dadah.”

GLnWgtzagAA8H P e1716530325907

Katanya, Eda Ezrin dan empat yang lain berdepan hukuman penjara kurang enam bulan dan denda kurang RM1,000 kerana mengambil dadah.

“Memandangkan mereka sudah ditahan di Narathiwat kira-kira empat bulan sejak ditangkap pada 1 November tahun lalu, mahkamah mungkin membebaskan mereka lebih awal sebaik denda dibayar.

“Dua lagi rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, juga akan didenda dan dipenjarakan kerana memasuki Thailand tanpa dokumentasi yang betul dan tinggal lebih masa,” kata sumber itu.

Namun, seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 30-an dijangka didakwa kerana memiliki pil Yaba, tambah sumber itu.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk membantah keputusan itu semasa perbicaraan esok,” kata sumber itu.

Untuk Info, Eda Ezrin bersama lima yang lain didakwa atas pertuduhan mengambil dadah di pekan Sungai Golok.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.