Penyanyi dan komposer terkenal dari United Kingdom (UK), Ed Sheeran menjadi bualan ramai baru-baru ini susulan videonya yang sedang busking di India, tiba-tiba dihentikan oleh pihak polis.
Insiden yang berlaku di Bengaluru itu berlaku apabila penyanyi UK itu dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk membuat persembahan di situ.
Artikel berkaitan: Netizen Bingung, Konsert Ed Sheeran Belum Habis Tapi Penonton Dah Keluar Stadium
Artikel berkaitan: “Warga tempatan kena mohon permit” – Rakyat Malaysia Bengang Tengok ‘Tourist’ Busking Dekat KL
Pihak polis bertindak mencabut wayar kepada pembesar suara (speaker) sebelum merampas mikrofon ketika Ed Sheeran sedang menyanyikan lagu popularnya, Shape Of You.
#BREAKING: Ed Sheeran gets unplugged by Bengaluru cops as he was performing on Church Street on Sunday morning. The cops, unaware of who he was, said prior permission was not taken to perform. pic.twitter.com/k7gpdGj9tu
— Aditya Raj Kaul (@AdityaRajKaul) February 9, 2025
Pun begitu, menerusi Instagram Story miliknya, Ed Sheeran berkata pihaknya sudah pun mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk melakukan persembahan secara percuma itu.
“Kami sebenarnya mempunyai kebenaran untuk busking, sebab itulah memainkan muzik di kawasan berkenaan, semuanya dirancang lebih awal.
Kami bukanlah muncul secara tiba-tiba. Semua baik-baik saja. Jumpa anda di persembahan malam ini (Ahad),” tulisnya.
Sebagai info, semalam merupakan hari kedua konsert jelajah dunia Ed Sheeran di Bengaluru. Beliau sebelum ini sudah membuat persembahan di Pune, Hyderabad, dan Chennai.
Sumber: Harian Metro, Instagram, X