in

“ECRL Bukan Pelaburan Tapi Pinjaman Dari China” – Prof Jomo

Jomo Ecrl China Malaysia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14, timbul satu persoalan sama ada kerajaan ingin meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau tidak. Ramai yang pertikai tindakan Malaysia baru sekarang sebagai anti pelaburan China bila ada ura-ura yang mengatakan projek ECRL ni akan ditamatkan.


Tapi disebalik ura-ura ni, ada satu kebenaran yang tak diketahui ramai dan pasti akan mengejutkan ramai pihak. Menurut Astro AWANI, ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Jomo Kwame Sundaram berkata, projek ECRL sebenarnya tak libatkan pun pelaburan asing dari China tetapi merupakan pinjaman besar dari bank eksport-import China! Laaa biar betul niii!

81527135222 Profjomo
sumber: astro awani

Tambah Prof Jomo lagi, pinjaman ini adalah sebanyak 85% dari kos projek iaitu RM65 bilion dan berdasarkan kepada terma khas. Lebih mengejutkan, projek tersebut juga dianugerahkan kepada syarikat China tanpa proses telus dan berdaya saing selain tawaran pengecualian cukai berkaitan projek tu.

“ECRL adalah projek yang tidak berdaya maju untuk ekonomi. Projek sebegini kebiasaannya melibatkan lebihan kos yang tidak dijangka,” kata Prof Jomo.

20626647 1121448337988792 4289810364436318726 O
sumber: ikim

Jomo mengeluarkan kenyataan ni berhubung laporan Financial Times yang mengatakan bahawa kerajaan baru Malaysia kini bersifat anti pelaburan dari China. Walhal menurutnya sejak dari merdeka, Malaysia sering mengalu-alukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Tambah Jomo lagi, disebalik khidmat nasihat yang diberikan, perlaksanaan ECRL akan dipercepatkan tahun ini dan dijangka siap dalam masa 7 tahun.

“Ia berbeza dari cadangan penyiapan 18 tahun. Kurang empat bulan dari pengumuman, suku dari pinjaman sudah diserahkan.

“Kerajaan baharu mengiktiraf FDI dan perpindahan teknologi dari luar adalah penting untuk perkembangan masa depan,” ujarnya lagi.

Mahu tak mahu kenalah kita hadap juga ECRL ni kan? Rasa macam nak menangis tepi bucu lepas baca berita macam ni. 

Baca: “Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh” – Tun Daim

Daim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.