in

Ebit Lew Jelaskan Mondy Hanya Pakai Pendakap Gigi Harga RM15 & Buat Sendiri Tatu

F1 Ebit Lew Mondy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tentang Ustaz Ebit Lew yang membantu seorang janda bertatu dari Indonesia yang didakwa netizen sebenarnya seorang TikToker terkenal dan bukanlah gelandangan seperti yang dikatakan oleh Ebit Lew.

Ini kerana menurut warganet wanita tersebut dilihat seperti bukan orang gelandangan kerana dia mampu mencacah tatu penuh di wajah dan badannya serta turut memakai pendakap gigi yang kita tahu kos pemakaiannya bukan murah.


1 5

Namun, menurut Ebit Lew yang tampil memberi penjelasan tentang perkara itu bahawa wanita tersebut yang dikenali sebagai Mondy sebenarnya mencacah sendiri tatu pada badannya, lapor Malaysia Kini.

https://www.tiktok.com/@dillahussin/video/7245149817670864130?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7211696485821220354

Manakala pendakap gigi yang dipakai oleh Mondy pula hanya berharga 50,000 Rupiah (sekitar RM15 dalam Ringgit Malaysia) kerana ia merupakan braces palsu, sebab itu ia murah.

Pendakap gigi ini sudah bertahun, bertahan sampai bertahun-tahun,” kata Mondy.

Walau bagaimanapun, warganet tetap mempersoalkan penjelasan itu kerana tatu dalam mata seperti yang dibuat oleh Mondy itu sukar dibuat sendiri.

Sumber: Malaysia Kini

Baca: “Bawa dia ke Malaysia supaya bisa belajar agama” – Rakan Pendakwah Indonesia Dedah Tujuan UEL Bawa Mondy

Ft Pendakwah Indonesia Jelaskan Pasal Isu Uel

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.