in

“Easy for you, but not for some people” – Ayda Jebat Mohon Kerajaan Buat ‘Lockdown’ Tapi Dikecam Teruk Netizen

Eda Jebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes COVID 19 semenjak dua menjak ini telah menimbulkan kerisauan orang ramai termasuklah golongan artis seperti Ayda Jebat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda baru-baru ini telah meluahkan rasa kerisauannya dan meminta kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung atau memperketatkan lagi kawalan pergerakan orang ramai. 


https://www.instagram.com/p/CF9Zabygxoh/

“Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.

“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan-kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya. Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please…” 

“Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni.” 

 

“Awak takpa walaupun lockdown ada income masuk. Tapi kami orang biasa-biasa ni…” 

Walau bagaimanapun, saranan Ayda Jebat mendapat komen negatif daripada kebanyakan netizen yang berpendapat situasi ekonomi akan bertambah buruk jika PKP sekali lagi diadakan. Semasa PKP yang pertama dahulu pun dah ramai yang kehilangan sumber pendapatan.

Malah kata netizen lagi, jika PKP sekali lagi diadakan, ia tidak akan memberi kesan kepada golongan artis seperti Ayda Jebat kerana mereka mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lain pula dengan rakyat marhaen lain yang akan terjejas pendapatan mereka.

Kayo Tak Pa Lah

Sehingga kini, kerajaan masih tidak memberi kata putus sama ada ingin melaksanakan PKP di seluruh negara atau tidak.

Malah menurut Perdana Menteri kita semalam, PKPD sudah memadai dilakukan di kawasan yang mempunyai kes yang tinggi memandangkan kebanyakan kes juga berlaku di kawasan penjara.

Apa-apapun admin memahami kerisauan Ayda Jebat dan kebanyakan orang mengenai peningkatan kes COVID 19 dari hari ke hari. Kita doakan sajalah yang terbaik buat semua ya. 

Baca: Hampir 90% Pesakit Positif Covid-19 Lawat Mall Di Sekitar Lembah Klang – MySejahtera

Dg

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.