in

e-Invois Bakal Dilaksanakan Bermula Ogos, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Ft Lhdn E Invois

Dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi negara, e-invois bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula Ogos 2024 bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai di Malaysia. 

Secara umumnya, e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital untuk segala transaksi yang dijalankan antara penjual dan pembeli. Jadi, dengan penggunaan e-Invois ini, tiada lagi penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti kebiasaan dalam format PDF, JPEG, DOC dan sebagainya. 

Selain itu, segala maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional seperti butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan akan direkodkan melalui e-Invois. 

20240509 Info Berkaitan Pelaksanaan E Invois Bil 1 Bm

Dalam masa yang sama, pelaksaan e-Invois ini bakal membolehkan pengesahan serta penyimpanan transaksi secara ‘real-time’ serta memenuhi pelbagai jenis transaksi termasuklah : 

  • Perniagaan-ke-perniagaan (B2B)
  • Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) 
  • Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G)

Manfaat e-Invois

Disebabkan kesemua dokumentasi tidak lagi dilakukan secara manual, e-Invois bakal meningkatkan kecekapan, melancarkan operasi perniagaan serta meningkatkan tahap pematuhan cukai. 

Info Berkaitan Pelaksanaan E Invois Bil 4 Bm

Manfaat e-Invois termasuklah : 

  • Mengurangkan proses manual dan kesilapan 
  • Memudahkan pengemukaan borang nyata
  • Meningkatkan kecekapan operasi
  • Mendigitalkan pelaporan percukaian dan kewangan

Gambaran Keseluruhan

Lhdn E Invois Microsite Gambaran Keseluruhan Bm

Bagi memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisma paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Ada 2 pilihan mekanisme yang disediakan iaitu : 

  1. Portal MyInvois
    • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
    • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
    • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia
  2. Application Programming Interface (API)
    • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
    • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
    • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Garis Masa Pelaksanaan

e-Invois bakal dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ia lancar selain untuk pembayar cukai memiliki tempoh masa yang mencukupi dalam menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan ini. 

Info Berkaitan Pelaksanaan E Invois Bil 2 Bm

Pengecualian Penggunaan e-Invois

Untuk tujuan e-Invois, terdapat pengecualian pelaksanaan kepada beberapa golongan. Menurut laman web LHDNM, individu atau badan berikut adalah pada masa ini dikecualikan daripada mengeluarkan e-Invois (termasuk pengeluaran bil sendiri e-Invois):

(a) Pemerintah dan Ketua Pemerintah 1

(b) Bekas Pemerintah dan Ketua Pemerintah 2

(c) Permaisuri seorang Raja Negeri yang bergelar Raja Perempuan,

Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri, Tengku Permaisuri atau

Permaisuri

(d) Permaisuri Bekas Raja Negeri yang sebelum ini bergelar Raja

Perempuan, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri, Tengku

Permaisuri atau Permaisuri

(e) Kerajaan

(f) Kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri

(g) Pihak berkuasa kerajaan

(h) Pihak berkuasa tempatan

(i) Pihak berkuasa berkanun dan badan berkanun

(j) Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, pihak berkuasa atau badan di atas

(cth., hospital, klinik, dewan serbaguna, dsb.)

(k) Pejabat konsular dan pegawai diplomatik, pegawai konsular dan

pekerja konsular

(l) Individu yang tidak menjalankan perniagaan

Portal MyInvois

Screenshot 2024 07 16 134424

Portal MyInvois adalah mekanisme penghantaran e-Invois yang disediakan khas oleh HASiL secara percuma dan direka bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sistem perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois. 

Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan telefon pintar bagi membolehkan pengguna mengendalikan e-Invois pada bila-bila masa dan di mana jua.

Layari Laman Mikro e-Invois di Portal Rasmi HASiL (https://www.hasil.gov.my/en/e-invoice) atau hantarkan sebarang pertanyaan e-Invois kepada myinvois@hasil.gov.my dan boleh juga menghantar sebarang pertanyaan lain melalui Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di https://feedback.myinvois.hasil.gov.my

Sumber: HASiL
Sumber: HASiL
Sumber: HASiL
Sumber: HASiL