in

Dulu Masak Atas Lantai, Khairul Aming Kini Labur Lebih RM100,000 Untuk Hasilkan Video Masakan

ft khairul aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di Amerika Syarikat, penyanyi tersohor Mariah Carey bakal mendominasi carta lagu untuk musim natal, lain pula di negara kita di bulan Ramadan, apabila pempengaruh popular, Khairul Aming akan mendominasi ‘algorithm’ media sosial hampir seluruh rakyat Malaysia dengan 30 Hari 30 Resepi sejak 8 tahun lepas.

Segala video resepi ringkas dan mudah seperti makanan, minuman, kuih-muih, pencuci mulut dan makanan tradisi bakal menjadi rujukan utama rakyat Malaysia untuk menyediakan juadah berbuka puasa.


Artikel berkaitan : Rebah Akibat Terlalu Penat, Ramai Doakan Khairul Aming Cepat Sembuh

Artikel berkaitan : Kad Bank Khairul Aming Sampai ‘Declined’, Beli Barang Untuk Mangsa Banjir Bernilai Lebih RM19K

Menurut sumber, pada permulaanya, Khairul Aming hanya memasak di atas lantai dengan kualiti video memasak yang agak suram kerana kurang pencahayaan, disebabkan itu, Khairul Aming yang terkenal dengan tagline ‘hey what’s up guys’ ini pada setiap awal videonya itu sentiasa berusaha memperbaiki mutu kualiti video dan cara persembahan resepinya untuk nampak lebih menarik.

Kini, Khairul Aming mampu menghasilkan kandungan video yang berkualiti tinggi seperti kaedah penyampaian menarik, penggunaan teknologi suntingan lebih baik, video berdefinisi tinggi dan teknik penggambaran yang kreatif.

Screenshot 2025 02 28 170037

Terbaharu, Khairul Aming kongsikan bahawa beliau membelanjakan lebih RM100,000 bagi tujuan live stream dan rakaman video, termasuk bagi segmen 30 Hari 30 Resepi yang turut meliputi kos bagi kamera digital refleks lensa (DSLR), tripod, lampu untuk pencahayaan studio, tirai latar dan skrin hijau.

Jelasnya kepada sumber lagi, untuk Ramadan tahun ini, beliau akan menumpukan gabungan makanan Malaysia, Asia dan barat dalam segmen yang popular sepanjang Ramadan dan kali ini ia dinamakan sebagai 30 Hari 60 Resepi.

2762462

“Saya belanjakan belasan ribu ringgit juga untuk membeli barangan masakan,saya nak lebihkan strim langsung. So, satu daripada plan kita nak buat strim langsung nak jelajah ke bazar-bazar Ramadan. Kita nak tunjuk kepada orang, bazar mana lagi bagus dengan harapan saya boleh gunakan platform Khairul Aming untuk promosi peniaga tempatan.”

Dalam pada itu, Khairul Aming turut kongsikan bahawa kualiti masakan dan sukatan tepat antara perkara sering dititikberatkan dalam menyediakan sebarang resepi, selain sokongan pengikutnya yang sentiasa mendambakan resepi baharu yang mudah menjadi punca segmen itu bertahan.

Sumber : Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.