in

“Duit orang meninggal pun nak ambil” – Ridzokumura Dakwa RM70K Milik Arwah Isteri Di Rumah Lesap

ft ridzo hilang duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan, Abd Ridzuan Mutalib atau lebih mesra dengan panggilan Ridzuan Ridzokumura mendakwa bahawa wang yang bernilai sekitar RM 60,000 hingga RM 70,000 milik arwah isterinya, Allahyarham Akiko Okumura yang meninggal dunia hujung bulan lalu, lesap.

Katanya menerusi satu sesi live di TikTok, ada kemungkinan besar ia diambil oleh individu yang pernah ke rumahnya.


Artikel berkaitan : Serah Sendiri Kepada Polis, Ridzokumura Nafi Ubat Arwah Isteri Dirampas

Artikel berkaitan : Baring Berpeluk Tubuh Seorang Diri Dalam Bilik, ‘Therapist’ Cadang Rizdokumura Bawa Sky Jumpa Pakar

“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya.”

Namun begitu, Ridzokumura tidak bermaksud untuk menuduh atau menyalahkan sesiapa tetapi dia rasa terkilan.

Screenshot 2025 03 27 114441

“Saya tak salahkan sesiapa, salah saya sebab tak simpan duit. Orang yang ambil itu memang salah. Salahnya pada arwah dan Tuhan.”

“Tak elok ambil duit orang yang sudah pergi, terkilan saya. Biarlah orang itu jawab dengan Tuhan. Kalau arwah tak maafkan, tak maaflah dia.”

Ridzokumura mengatakan bahawa wang tersebut adalah wang simpanan selepas mereka pulang dari Jepun sekitar Februari lalu dan disimpan dalam dua sampul dalam beg arwah isterinya.

“Selepas itu, saya memang tak usik duit ini. Dua tiga hari lepas barulah saya sedar. Duit bukan sikit, saya anggarkan dalam RM60,000 ke RM70,000. Itu apa yang saya nampak.”

Jelasnya lagi, dia tidak dapat mengenal pasti individu itu kerana CCTV di rumahnya tidak berfungsi. Untuk rekod, pada 28 Februari lalu, Akiko yang juga warga Jepun berusia 50-an dilapor maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.

Screenshot 2025 03 27 114458

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.

Jenazah Allahyarham Akiko disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada 2 Mac lalu.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.