Masalah kewangan merupakan masalah yang sering dihadapi ramai kerana kegagalan untuk merancang perbelanjaan bulanan dan ada yang masih tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan.
Hari ini, boleh dikatakan kita sering berdepan atau dengar keluhan-keluhan mereka yang terpaksa ‘mengikat’ perut sementara menunggu tarikh gaji akan datang dan selain daripada tekanan ekonomi ada pelbagai lagi perkara yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.
Salah satu yang menjurus kepada keadaan ‘tak cukup duit’ ini adalah gaya hidup yang terlalu mengikut cara perbelanjaan kawan-kawan selain culas dalam beberapa perkara.
Cuba imbas kembali cara pengurusan kewangan korang, ada atau tidak buat perkara-perkara berikut:
1. Semak penyata bank
Penyata bank merupakan salah satu perkara yang korang boleh semak bagi mengetahui kemana ‘hilangnya’ duit korang setiap bulan. Baik dari pengeluaran mahupun pembelian terus menggunakan kad debit, semuanya akan tercatat di penyata bank.
2. Catat Perbelanjaan Bulanan
Perbelanjaan bulanan juga harus sentiasa dicatat supaya mudah untuk kita buat anggaran tahap ‘kesihatan’ atau baki duit yang masih ada pada kita setiap bulan. Setidaknya, kita boleh buat persediaan sekiranya memerlukan wang untuk tujuan kecemasan.
3. Terlebih Belanja
Ramai pakar kewangan menasihatkan supaya menggunakan formula 50/30/20 yang mana duit gaji 50 peratus guit gaji bersih digunakan untuk membayar segala jenis komitmen, 30 peratus lagi untuk perbelanjaan bulanan dan 20 peratus untuk simpanan.
4. Tak ikut bajet bulanan
Bajet bulanan ni sebenarnya ramai yang buat, tapi tak ramai yang mampu ikut seperti yang dirancang. Sudahnya, terguna duit yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan lain atau terguna duit simpanan.
Kalau perasan, perkara yang disebutkan semua berkaitan dengan cara pengurusan
kewangan dan biasanya, bila bersangkutan dengan perbelanjaan bulanan ini, kena disiplin yang tinggi dan komited dengan perbelanjaan yang dah ditetapkan.
Salah satu cara yang mudah, min sarankan untuk guna aplikasi yang berkaitan dengan perbelanjaan, salah satu contoh yang ada adalah BigPay yang ada pelbagai fungsi seperti :
- ‘Budgeting tool’ yang mudah
- Boleh kelaskan perbelanjaan mingguan/bulanan ikut kategori
- Boleh buat pembayaran bil secara terus melalui aplikasi
- Pembahagian bil
- Tersedia pelbagai kemudahan seperti pembayaran bil, insurans, pemindahan antarabangsa
dan pelbagai lagi!
Ganjaran Sempena Sejuta Pengguna BigPay
Menariknya, sepanjang bulan Disember ini BigPay nak berikan pelbagai hadiah menarik berjumlah hampir RM200,000 sempena meraikan pengguna BigPay yang mencecah sejuta orang!
Pengguna BigPay pada bulan Disember berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 untuk 5 pemenang, selain pemenang mingguan bakal membawa pulang baucer penerbangan setiap minggu dan wang tunai bernilai RM5,000!
Pengguna hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 ringgit untuk mendapatkan satu tiket untuk cabutan bertuah berkenaan.
Selain itu, ada juga manfaat lain yang akan diperolehi oleh pengguna BigPay seperti :
- Potongan 22% untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia
- 4x Bonus Referral *(untuk setiap rakan yang sertai sepanjang Disember)
*tertakluk terma & syarat
Dalam masa yang sama, korang boleh buka aplikasi BigPay setiap hari untuk dapatkan ‘suprise’ berbentuk cashback. Lebih kerap korang bukak aplikasi tu, lebih besar peluang untuk menang sebenarnya. Cashback tu, boleh digunakan dekat mana-mana perbelanjaan yang layak.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web BigPay di sini.