Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seekor kucing ‘oyen’ yang dilihat sedang menziarah pusara arwah tuannya yang baru sahaja meninggal sebulan yang lepas.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah kucing berkenaan yang dilihat memakai baju pink itu dikenali sebagai Mochi, seolah-olah berkongsi rasa sedih dan rindu kepada tuannya.
https://www.tiktok.com/@tulips.flo/video/7227753433892195590
“Hi abi, Mochi datang jumpa abi sayang. Terubat rindu dia kat abi,” tulisnya di TikTok.
Nur Salsabiha Mohd Sobri Yusoff memberitahu, kucingnya, Mochi sangat rapat kepada arwah suaminya, Mohd Faizul Malik yang telah meninggal dunia pada 16 Mac lalu.
Difahamkan, Mohd Faizul merupakan seorang Pegawai Tentera Laut Di-Raja Malaysia telah mengalami kecederaan yang teruk dalam sebuah tragedi sehari sebelum kematiannya.
Video yang dimuat naik oleh Salsabiha ketika dia menziarahi pusara suaminya itu telah mendapat lebih 200,000 jumlah tontonan serta 31,000 tanda suka di TikTok pada masa artikel ini ditulis.
Menurut Salsabiha, Mochi dan arwah suaminya mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana arwah selalu melayan Mochi seperti anaknya sendiri dan sering membahasakan dirinya sebagai abi dan Salsabiha sebagai umi ketika bercakap dengan kucingnya itu.
Salsabiha turut berkongsi bahawa, Mochi kelihatan sedih setelah pemergian arwah suaminya, namun setelah membawa Mochi menziarahi pusara arwah, Mochi kelihatan lebih aktif dan gembira.
Netizen luah rasa sebak
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat tindakan Mochi di pusara tuannya itu serta ada juga warganet yang berkongsi kisah ahli keluarga mereka bersama haiwan peliharaannya yang seakan-akan Mochi.
Sayuu je tengok Mochi ni rindu tuan dia…
Baca : “Mungkin dia rindu” – Netizen Sebak Lihat Kucing Baring Atas Kubur Tuannya