in

“Dua tahun kerja tiada isu” – Pekerja Dapat ‘Query Letter’ Gara-gara Pergi Solat Jumaat?

Ft Solat Jumaat Waktu Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, sudah ada peraturan buat majikan untuk memberikan kelonggaran buat pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat, terutamanya pada hari Jumaat untuk solat Jumaat.

Bagaimanapun, ada juga segelintir majikan yang abaikan perkara ini sehinggakan ada yang ‘menindas’ mereka dengan mengenakan tindakan tegas jika menunaikan solat Jumaat kerana ia ambil masa yang lama.


Artikel berkaitan : Pengasuh Nangis Teresak-esak Kena Soal Influencer, Kes Dera Anak Majikan Sampai Muka Lebam

Artikel berkaitan : Pengawal Keselamatan Temui Wang Tunai RM500,000 Dalam Beg Terima Penghargaan Dari Majikan

Ada seorang pemuda mengadu tentang nasibnya yang didakwa seperti dihalang untuk menunaikan solat ketika waktu kerja.

Memetik laporan daripada mStar Online, pemuda tersebut dikatakan memerlukan khidmat nasihat perundangan untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan.

“Saya ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai hak pekerja berkenaan solat Jumaat. Saya bekerja syif, baru-baru ini saya dapat query letter kerana menunaikan solat Jumaat.”

“Selama saya bekerja selama 2 tahun, tak pernah ada isu menunaikan solat. Apakah langkah seterusnya yang boleh saya lakukan?”

“Saya memerlukan khidmat nasihat dan sekiranya ada peguam yang boleh, sila tinggal contact untuk saya hubungi.”

Screenshot 2024 05 10 145835

Dalam hantaran yang dibuat menerusi satu group Facebook itu, dia menjelaskan kejadian berkenaan berlaku di Selangor. Pertanyaan itu dijawab oleh seorang peguam yang menasihatinya agar menjawab surat yang diberikan oleh majikannya.

Namun, seandainya dia kena potong gaji, faedah atau diberhentikan sekalipun, peguam itu menasihati agar pengadu membuat aduan kepada pihak berwajib.

“Memandangkan masih di peringkat query, boleh balas dengan memberikan justifikasi. Sekiranya majikan potong gaji atau faedah disebabkan solat Jumaat, boleh berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).”

“Sekiranya diberhentikan pula, boleh buat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).”

Screenshot 2024 05 10 145906

Sekadar info, menurut garis panduan kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, majikan perlu memberi perlu beri pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk tunaikan solat.

Ianya merangkumi solat fardhu mahupun solat Jumaat, untuk solat fardhu, majikan patut memberikan sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat dan sekurang-kurangnya 1 Jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.