Tular baru-baru ini di media sosial berkaitan insiden yang memperlihatkan hukuman memalukan yang dikenakan kepada dua lelaki yang ‘kantoi’ mengutip bayaran untuk parkir kereta di sebuah pantai di Indonesia.
‘Dicekup’ kutip bayaran parkir percuma
Menurut Makasar Info, dua pemuda ini telah ‘dicekup’ gara-gara mengambil bayaran parkir kenderaan walaupun sudah dinyatakan bahawa pengunjung dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan itu secara percuma.
Kejadian ini dikatakan berlaku di kawasan Anjungan Pantai Losari, Kota Makassar pada 1 November yang lalu.
Kegiatan ‘haram’ yang dilakukan oleh dua pemuda itu menyebabkan petugas disitu berasa geram sehingga menyebabkan kedua-dua mereka dihukum di hadapan orang ramai.
Dua lelaki yang berjaya ‘dicekup’ itu telah didudukkan di hadapan orang ramai. Malah hukuman yang dikenakan ke atas mereka berdua juga dianggap agak keterlaluan dan memalukan.
Kena cukur kening
Mereka telah dikenakan hukuman sanksi sosial iaitu dicukur keningnya gara-gara kesalahan yang dilakukan itu!
Menurut petugas Pantai Losari, pihak mereka sudah beberapa kali mengingatkan orang ramai bahawa kadar bayaran tempat letak kenderaan di kawasan itu adalah secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Namun masih ada yang ingkar sehingga menganiaya pengunjung dengan mengutip kadar bayaran parkir kenderaan daripada pengunjung secara haram.
Tambahnya lagi, hukuman sanksi sosial itu dikenakan bertujuan untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kegiatan yang sama pada masa akan datang.
“Jangan melanggar aturan agama” – Netizen
Hukuman yang dikenakan itu berjaya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada netizen yang bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ini, namun ada juga yang tidak bersetuju kerana dianggap keterlaluan dan hukum mencukur kening adalah haram disisi Islam.
Hah ada lagi yang berani nak ingkar?