in

“Dua kali ditendang” – ‘Datuk Glamour’ Didakwa Seksa Amah Indonesia, Paksa Kerja Tanpa Gaji

amah indonesia kena dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kita dengar tentang kes penderaan amah dan pembantu rumah Indonesia yang berlaku di Malaysia. Banyak majikan telah didakwa di atas kekejaman ini, namun kes ini masih lagi berlaku.

Terbaru hari ini, FMT melaporkan seorang amah Indonesia berusia 60 tahun mendakwa telah ditampar, ditendang dan dipukul di kepala dengan penyapu termasuklah dimaki hamun setiap hari oleh majikannya yang bergelar ‘Datuk’.


Amah yang mahu dikenali sebagai Satuni (bukan nama sebenar) ini walau bagaimanapun telah berjaya melarikan diri selepas diterajang dan dipaksa bekerja oleh Datuk tersebut walaupun tak bermaya kerana dijangkiti COVID-19.

Maid didera majikan Indonesia 2

Tenaga saya tak ada, jadi saya baring (di luar tandas), (kemudian) saya ditendang, (Datuk menjerit) bangun, jangan buat drama. Dua kali ditendang,” katanya.

 

‘Datuk glamour’ pernah hiasi muka depan majalah gaya hidup

Satuni katanya kini berlindung di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan menunggu masa pulang ke kampung halamannya.

Menurut wanita malang itu, penderaan yang dialaminya tak mungkin dapat dilupakan dan dia juga tidak dibayar walau sesen pun selama 4 bulan bekerja di banglo milik ‘Datuk’ tersebut di Shah Alam.

Majikannya juga didakwa sebagai ‘wanita glamour’ yang mengurus sebuah yayasan kebajikan dan pernah menghiasi muka depan pelbagai majalah gaya hidup.

insert pic satuni yati

Satuni pada masa yang sama mengaku dipukul atas alasan remeh seperti habuk dinding jatuh ke lantai dan tak dibersihkan.

Ambil penyapu, splass (pukul) kepala saya tiga kali”. Kata saya, “Datuk, selama saya punya majikan, tak ada garang seperti kamu,” katanya.

 

“Saya orang miskin, menumpang, merempat di sini” 

Menurut Satuni lagi, majikannya mempunyai 3 orang anak termasuklah anak angkat bernama V (bukan nama sebenar) – yang didakwa sering menghinanya.

V juga sentiasa mengingatkannya, “saya orang miskin, menumpang, merempat di sini (Malaysia).”

Tidak tahan dengan apa yang dilakukan majikannya itu, Satuni telah melarikan diri ke Kedutaan Indonesia bersama rakan pembantu lain yang diambil bekerja di rumah banglo itu beberapa bulan kemudian.

Mereka juga mendapat bantuan jiran yang prihatin dengan nasib mereka dan membantu bawa mereka keluar daripada kawasan perumahan itu serta menghantar ke kedutaan.

Wakil kedutaan juga memaklumkan bahawa pihak mereka kini sedang berusaha mengambil tindakan mahkamah terhadap Datuk berkenaan untuk memberi keadilan kepada Satuni dan rakannya.

Domestic worker maid3

Kini terdapat 33 pekerja domestik yang mendapat perlindungan di kedutaan mereka susulan didera atau tidak dibayar gaji oleh majikan masing-masing.

Harap amah yang teraniaya ini mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: “Kenapa baru sekarang?” – Netizen Marah Rina Harun Lambat Respon Kes Penderaan Bella?

rina

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.