in

Dua Ekor Buaya Di Pusat Hidupan Liar Matang Terlepas Ekoran Kandang Rosak

Cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melaporkan dua ekor buaya sepanjang 10 dan 16 kaki yang ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang terlepas semalam. Kejadian ini berlaku selepas kandang reptilia itu rosak ekoran hujan lebat.

Sehubungan itu, SFC menasihatkan orang ramai agar berhati-hari dengan kehadiran buaya berkenaan di sekitar Pusat Hidupan Liar Matang.


“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama para penduduk di Kampung Rayu,” kata pihak mereka dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, SFC meminta orang ramai agar tidak panik kerana pihak mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pengawasan dan mencari di seluruh kawasan berkenaan.

12Hmkndg1 1678591866 E1678598708634
Gambar kandang yang rosak

Pihak mereka juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan pihak lain yang melakukan aktiviti menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya untuk membuat laporan di talian SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).

Untuk rekod, Pusat Hidupan Liar Matang terletak di Taman Negara Kubah, kira-kira 35 kilometer dari Kuching. Kawasan hutan hujan ini menjadi rumah kepada banyak hidupan liar terancam dan dirawat seperti buaya, kancil, beruang matahari dan burung kenyalang.

Kredit: Kosmo

BACA: “Besor bethol!” – Penduduk Terkejut Jumpa Buaya Besar Melintas Tengah Jalan Di Kuantan

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.