in

“Dua-dua pegang parang suruh aku berhenti” – Pemuda Ketakutan, Kongsi Detik Hampir Disamun Dekat Jalan Sunyi

Ft Lelaki Hampir Disamun

Jadi makin takut kalau nak lalu dekat jalan sunyi lepas ni, lebih-lebih lagi mereka yang menaiki motosikal berseorangan selepas melihat satu kejadian yang mencemaskan berlaku terhadap pemuda ini.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, lelaki yang dikenali sebagai Ejam ini menjelaskan bahawa dia hampir disamun oleh 2 individu saat melalui satu laluan yang menghala ke Bukit Sentosa, Rawang.

Artikel berkaitan : Terima 6 Jahitan, Akhyar Kerugian Dalam RM 4,800 Akibat Disamun 2 Lelaki

Artikel berkaitan : Tular Video Papar Akhyar Rashid Kesakitan, Didakwa Jadi Mangsa Samun & Pukul Di Terengganu

Jelasnya, saat dia merakamkan video tersebut, kejadian baru berlaku 10 minit yang lepas di mana dia yang dalam ketakutan menjelaskan bahawa dia telah ditahan oleh dua individu yang tidak dikenali ketika melalui jalan tersebut, seorang berada di tengah jalan dan seorang lagi di atas motor.

Screenshot 2024 05 28 121108

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.50 pagi pada 25 Mei lepas, kedua-dua lelaki tersebut memegang parang dan menyuruh Ejam berhenti. Bagaimanapun, Ejam enggan memberikan maklumat mengenai kedua-dua suspek itu.

“Aku tak tahulah ajaibnya aku terlepas daripada dia orang, parang dah hayun dah, dua-dua pakai helmet satu pakai helmet warna merah satu lagi tak perasan. Cuma aku perasan yang warna merah je, sebab dia yang hayun parang dekat aku. Parang dia panjang lebih kurang sedepa tangan aku ni.”

Ejam yang masih tergamam menyatakan bahawa hayunan yang pelaku buat bukanlah hayunan untuk menggertak tetapi ia seperti mahu menyerang kepada Ejam.

Jadi, dia berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati jika melalui jalan tersebut dan bakal membuat laporan polis.

@ejamkassmi_

kejadian jam 1:50pagi dekat jalan ros menghala turun bukit pulapol bukit sentosa. Esok pagi kita buat report balai polis. Tkleh nk story banyak😅 parang panjang depa tangan dihayun. kalau kene mmg assalamualaikum dh. #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – EjamKas🤌🏼 – EjamKas🤌🏼

Video yang telah meraih 2 juta jumlah tontonan ini membuatkan ramai netizen jadi cemas dan ada yang bimbang kerana kawasan tersebut berdekatan dengan rumah mereka. Bahkan ada juga yang bimbang dengan nasib lelaki ini yang berhenti untuk merakam video tersebut selepas kejadian.

Screenshot 2024 05 28 122842 1

Screenshot 2024 05 28 122937

Sumpah gerun, harap lepas ni sesiapa yang naik motor malam-malam tolong lah hati-hati.

Sumber: TikTok