in

“Dua-dua ada masalah psikiatri” – Suami Isteri Dipenjara 27 Tahun, Dera Anak Kandung Umur 5 Tahun Sampai Mati

Dera Featured

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dari Singapura disahkan meninggal dunia pada Oktober 2016 dan kedua ibu bapanya didakwa menyebabkan kematian dengan mendera anak lelaki mereka itu.

Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu didakwa melakukan penderaan tersebut selama tiga bulan iaitu dengan:

  • Mengurung mangsa dalam sangkar kucing
  • Menyimbah air panas sehingga menyebabkan dua pertiga tubuh mangsa melecur
  • Menumbuk mangsa di bahagian muka
  • Memukul mangsa dengan penyapu

Terdahulu, mereka dikenakan tuduhan yang lebih berat iaitu membunuh, yang membolehkan mereka dihukum penjara seumur hidup atau digantung tetapi dibebaskan oleh Hakim daripada tuduhan tersebut, lapor Media Corp.

Dera3

Dera4

Perbicaraan ke atas pasangan itu bermula pada November 2019 dan semalam (13 Julai) Ridzuan Mega Abdul Rahman dan isterinya, Azlin Arujunah dijatuhkan hukuman penjara.

Menurut laporan, Ridzuan dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan 24 kali rotan manakala Azlin pula dipenjara 27 tahun serta tambahan 12 bulan penjara sebagai ganti hukuman rotan yang tidak dilaksanakan ke atas wanita.

Kali terakhir mereka dihadapkan ke mahkamah adalah pada Jun lepas, di mana ketika itu mereka secara rasmi dilepaskan daripada tuduhan membunuh dengan niat yang sama. Ianya berikutan pihak pendakwa yang gagal membuktikan elemen ‘niat yang sama’ dalam perbuatan mereka.

Dera1

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa pasangan ini enggan menampilkan saksi untuk memberikan keterangan bagi pihak mereka. Disebabkan itu, saksi tunggal yang boleh beri keterangan adalah pakar psikiatri mereka. Berikut adalah laporan ujian terhadap mereka:

Ridzuan (oleh Dr Ken Ung) : Laporan mendapati Ridzuan mengalami gangguan hiperaktif kekurangan perhatian, gangguan letupan sekejap dan gangguan penggunaan hipnosis.

Azlin (oleh Dr Jacob Rajesh) : Laporan mendapati Azlin mengalami gangguan penyesuaian dengan mood yang tertekan.

Dera2
Cawan yang digunakan untuk simbah air panas

Hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditahan reman iaitu pada 27 Oktober 2016 bagi Azlin manakala Ridzuan pula, 24 Oktober 2016.

Untuk laporan lebih terperinci, boleh baca di sini.

Baca: “Sampainya hati!” – Budak Lelaki 5 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Kucing Sebelum Kena Simbah Air Panas

Feature Image Budak

Sumber: Media Corp
Sumber: Asia One
Sumber: Asia One
Sumber: Media Corp