Hati jenis apa yang abang ini ada sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk terhadap adik tirinya? Entah apa nak jadi dengan remaja sekarang ni!
Menurut MMO, seorang remaja berusia 13 tahun dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki petang semalam hasil dirogol oleh dua abang tirinya sebanyak 30 kali sejak tahun 2015 lalu.
Kejadian yang menggemparkan ini mula terbongkar apabila gadis tersebut mengadu sakit perut kepada ibu tirinya sebelum wanita itu membawa gadis malang berkenaan ke hospital pada jam 3.30 pagi.
Ibu tiri mangsa yang tidak tahu menahu akan apa yang menimpa gadis tersebut terkejut apabila dia diberitahu doktor yang mangsa sedang mengandung. Menurut wanita berkenaan, mangsa tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan pada tubuh badannya yang memberi gambaran dia sedang hamil.
Susulan pemeriksaan, mangsa kemudian selamat melahirkan seorang bayi selepas 10 jam kemudian di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah.
Melalui siasatan polis, mangsa memberitahu bahawa dia telah dirogol abang tirinya yang berusia 15 dan 13 tahun sebanyak 30 kali ketika dia ditinggalkan keseorangan di rumah mereka dekat Kuala Ketil semenjak pertengahan tahun 2015 hingga Disember 2016 lalu. Ya Tuhan, apalah nasib budak ni…
Susulan dari pembongkaran ini, dua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 2 November ini. Kes disiasat bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram. Jika sabit kesalahan bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun berserta hukuman sebat.
Semoga mangsa tabah hadapi dugaan dan mampu menjaga bayinya dengan baik…
Baca: Dua Abang Ditahan Kerana Merogol Dan Memukul Adik Berusia 16 Tahun Di Sungai Petani