Niat nak melawak menjadi satu kecaman apabila usahawam kontroversi Datuk Seri Vida (DSV) muat naik dirinya berbusana ala telekung yang padat dengan labuci di Instagram.
Kecaman itu dibuat kerana kapsyen yang diberikan itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak sensitif bagi netizen.
Telekung buat pakai tarawih
Perkongsian itu memperlihatkan baju ala telekung DSV itu labuh sampai ke lantai ketika menghadiri satu majlis anugerah Gempak Most Wanted 2022 baru-baru ini, dalam kapsyen foto tersebut, dia bertanyakan kepada pengikutnya jika busana itu dipakai masa solat tarawih mungkin memakan ruang saf.
Kalau pakai telekung ni pergi terawih kena berapa saf?”
https://www.instagram.com/p/CpK0C4rh7Ac/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Berikutan itu, ramai netizen marah dan anggap bahawa DSV mmempersendakan pakaian yang dipakai untuk menjalani ibadah malah ada juga yang menyifatkan ianya tidak boleh dibuat satu bahan gurau.
Dia tak kira saf, dia kira malu kat malaikat & Allah – Netizen
Apa pun, ada juga netizen yang terhibur dengan gurauan senda yang dibuat oleh DSV ini. Hurm, sedar tak sedar lagi 3 minggu kita nak puasa dah kan?
Baca : Makin Kurus, Netizen Tuduh Vida Potong Usus? Ini Jawapan DSV…