Politik di Malaysia sentiasa penuh dengan kejutan, terbaru terdapat khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendapat gaji RM 15 juta ketika berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Dalam laporan Harian Metro, dakwaan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengulangan fitnah.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, perkara tersebut telah dinafikan berulangkali termasuklah jawapan rasmi daripada Menteri Besar ketika itu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Negeri Selangor.
Malah, beliau turut memberitahu ketika DSAI menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji sebagai simbol bernilai RM 1 setahun.
“Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan dan beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 terbabit.
Perkara ini juga jelas tertera dalam Hansard Dewan Negeri Selangor menerusi jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakkan dan kemuflisan modal politik PN dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk kerajaan Persekutuan.” katanya.
Kenyataan setiausha politik MB Selangor itu dikeluarkan bagi menepis dakwaan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mendakwa DSAI menerima RM15 juta sebagai gaji Penasihat Ekonomi Selangor dalam kempen ceramah di Parlimen Padang Serai baru-baru ini.
Baca: PM Anwar Ibrahim Bagi Respon ‘Sempoi’ Bila Netizen Minta Turunkan Harga Ayam Gunting