in

Dr Zulkifli Saran Hentikan Trend Sambut ‘Birthday’ Arwah Anak Di Kubur

Sambut Birthday Arwah Di Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur ibu bapa yang menyambut hari lahir anaknya yang sudah meninggal dunia di kubur.

Ibu bapa beragama Islam diingatkan supaya menghentikan tindakan menyambut hari lahir untuk anak yang sudah meninggal dunia di kuburnya dengan membawa kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.


Dr Zulkfili menjelaskan, perbuatan tersebut sewajarnya digantikan dengan doa dan sedekah kepada si mati seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Artikel berkaitan: Penduduk Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Bimbang Langgar Adab & Akhlak – Mufti Kelantan

Artikel berkaitan: Masih Dalam Pantang, Ibu Tak Tahan Rasa Pilu Hias Kubur Anak Meninggal Dalam Kandungan

“Tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam,” katanya.

Kubur

Beliau menyarankan keluarga yang kematian ahli keluarga digalakkan menggantikan perbuatan meraikan orang meninggal dunia dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim atau fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar.

Ziarah kubur bagi mengingatkan kepada kematian & hari akhirat

Tambah beliau, tujuan menziarahi kubur adalah bagi mengingatkan umat Islam kepada kematian dan hari akhirat, bukannya menyentuh perihal berkenaan kehidupan semata-mata.

“Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.

“Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur,” jelasnya.

Justeru, umat Islam disarankan untuk tidak menormalisasikan perbuatan ‘bergembira’ kerana perlu mengingati azab kubur dan menghormati tempat persemadian umat Islam itu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.