Dr Zhu Heping adalah rakan sekutu koronavirus dan pemberi maklumat Dr. Li Wenliang yang mati akibat penyakit itu.
Doktor itu disahkan mati pada usia 66 tahun hari Isnin lepas di sebuah hospital di Wuhan, lapor Nextshark, laporan itu tidak mendedahkan jika Dr Zhu mendapat jangkitan dari pesakitnya atau tidak.
Tidak beritahu orang lain pasal penyakitnya, kuarantinkan diri sendiri
Dr. Zhu, seorang timbalan pengarah di jabatan oftalmologi Hospital Wuhan Central, jatuh sakit ketika bekerja di jabatan pesakit luar.
Pada 3 Mac, kurang daripada seminggu sebelum kematian, rakan seangkatan yang lain seorang pakar bedah berusia 57 tahun Dr. Mei Zhongming, meninggal dunia di Hospital Jinyintan di Wuhan.
Selain Dr. Li, terdapat tiga lag pakar iaitu penjaga mata dan pakar penyakit payudara dan tiroid di hospital tersebut telah meninggal dunia dalam jangka masa kurang dari sebulan.
Menurut laporan dari media tempatan, Dr Zhu tidak mendedahkan penyakitnya kepada orang lain sehingga kematiannya di ICU.
Selepas jatuh sakit pada 3 Februari, gejala Dr. Zhu dilaporkan muncul “berselang-seli.” Beliau pada mulanya kuarantinkan diri sebelum rakan sekerja lain sedar pada 18 Februari apabila keadaannya menjadi lebih teruk.
Keesokan harinya, dia dibawa ke Hospital Wuhan Union selepas paru-parunya didapati dijangkiti Coronavirus.
Dia diriwayatkan sebagai seorang doktor yang “bekerja keras” dan “berdedikasi”, Dr Zhu dilaporkan telah bersara sebelum ini tetapi baru di hire semula oleh sebuah hospital.
Walaupun segala usaha untuk menyelamatkannya, kesihatan Dr. Zhu semakin merosot dan akhirnya meninggal dunia pada hari Isnin lepas.