Baru-baru ini, Azmi Zainal atau lebih terkenal dengan gelaran ‘boss susu’ ada memberikan kenyataan mengenai kandungan yang ada dalam susu tepung komersial.
Bahkan dilihat Azmi Zainal sudah bersedia untuk diserang oleh segelintir pihhk mengenai kelantangannya terhadap satu kandungan yang dinamakan Maltodextrin itu.
Artikel berkaitan : Boss Susu Kongsi Cerita Bantu Kawan Cina, Bagi RM18K Untuk Mulakan Bisnes
Artikel berkaitan : Boss Susu Kecewa Produksi ASGV Tak Acuh Siar Iklan, Dato’ Vida Komen ‘Ini La Sebab Saya Taknak Sponsor’
Berikutan dengan kenyataan yang diberikan, TikToker yang terkenal dalam memberikan info manfaat mengenai hal medikal, @dr1share tampil memberikan penjelasan untuk memperkukuhkan lagi kenyataan ‘boss susu’ mengenai bahayanya Maltodextrin itu.
Sedikit info ringkas, Maltodextrin ialah serbuk putih berkanji yang ditambahkan oleh pengeluar ke dalam banyak makanan untuk meningkatkan rasa, kepekatan atau ketahanan.
Maltodextrin ialah bahan biasa dalam makanan proses, seperti pastri, gula-gula dan minuman ringan. Apabila ia hadir, ia biasanya akan dipaparkan pada label makanan. Untuk fahaman lebih mudah, ia adalah gula yang berkanji dan menjadi pengganti kepada gula putih.
Jadi, bagi Dr Wan, antara kedua-dua ramuan ini, adalah lebih baik gula putih berbanding Maltodextrin ini, Dr Wan juga ada buat perbandingan indeks glycemic antara Maltodextrin dan pemanis-pemanis lain.
@dr1share Maltodextrin glycemic index lagi tinggi daripada gula putih biasa… #shouldbeme #tiktokguru #dr1share #LearnOnTiktok
Ternyatanya Maltodextrin jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Untuk fahaman, indeks glycemic ini jika makin tinggi, makin tinggi gula dalam badan.
“Gula ini kalau dia ada banyak-banyak dalam badan lama-lama dan menjadi tak stabil dia akan menyebabkan keradangan dan menyebabkan insulin resistance sampai organ pankreas tak larat nak hasilkan insulin, sampai jadi intolerence. Kena kencing manis lah.”
Jadi, Dr Wan juga menjelaskan agak tak masuk akal jika Maltodextrin ini terkandung dalam susu tepung kanak-kanak, tetapi boleh terima pakai susu dalam kotak kerana ia diminum sekali-sekala.
Dalam pada itu, Dr Wan juga mendedahkan bahawa banyak jenama dari luar negara menggunakan kandungan ini dalam produk minuman mereka terutamanya minuman coklat. Oleh itu, Dr Wan rumuskan bahawa Maltodextrin ini amat bahawa jika diambil setiap hari.
Sumber : Facebook, TikTok, medicalnewstoday.com