in

“Dosa disorak-sorak” – [VIDEO] PU Syed Tegur Afgan Peluk Peminat Wanita Atas Pentas

ft afgan peluk peluk 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penampilan artis Indonesia, Afgan yang telah membuat konsert di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah membuat peminat-peminatnya yang berasal dari Malaysia bagai mimpi yang menjadi kenyataan.

Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC ini telah menerima kejutan apabila Afgan meraikan ulang tahun kelahiran seorang peminatnya.


Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan Afgan menghampiri seorang peminat  wanita sambil menyanyikan lagu ulang tahun dan selepas itu dia terus memeluk erat wanita itu sebagai kejutan.

Kenangan indah Afgan dan peminatnya

Tindakan itu telah mendapat sorakan satu dewan yang rasa cemburu dengan wanita tersebut  kerana dapat merasai sweet moment bersama penyanyi Indonesia tersebut.kacak itu.

Respond PU Syed

Disebabkan itu, pendakwah bebas, PU Syed, meluahkan rasa kesal dengan tindakan Afgan yang tanpa rasa segan silu memeluk seorang peminat wanita yang bertudung di atas pentas.

https://www.tiktok.com/@pu_syedofficial/video/7178365804344282394?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7178365804344282394

“Perbuatan dosa disorak-sorak, beri tepukan gemuruh, apa nak jadi dengan kita? Tengok bagaimana dosa itu diraikan dan dianggap sesuatu yang tiada masalah sekadar peminat dan juga artis,” tambahnya.

Selain itu, PU Syed juga memberitahu bahawa teguran yang dilemparkan adalah kerana bimbang kesan dan akibat kepada umat Islam jika konsert hiburan seperti itu diadakan secara berterusan.

Dia juga sempat menitipkan nasihat buat penganjur konsert agar lebih berhati-hati semasa mengadakan konsert terutama dalam aspek penjagaan batas antara lelaki dan perempuan.

Malah, dia memberitahu jika artis tersebut tidak mampu menjaga tatasusila yang baik maka tidak sepatutnya membenarkan konsert sebegitu yang mendatangkan dosa dan kemungkaran daripada Allah SWT.

Sumber : mStar, TikTok, Instagram

Baca : “The real panah asmara” – Nampak ‘Sweet’ Bersama, Netizen Teruja Lihat Afgan Muncul Dalam TikTok Rossa

rossa afgan panah asmara 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.