Tidak dapat dinafikan, budaya sihir-menyihir ini masih lagi banyak dalam kalangan masyarakat kita, perkara ini boleh dikatakan sangat merisaukan sehingga muncul ketakutan khusunya buat peniaga-peniaga di luar sana.
Terbaru, peniaga yang tular sebelum ini Adib iaitu pemilik rangkaian pisang cheese, Bananadibs berkongsi dia telah menjadi salah seorang mangsa sihir sehinggakan kedainya di Melaka terpaksa ditutup.
Rupanya bananadibs kat Melaka tu dah tutup sebab……macam biasa la Melayu kalau meniaga mesti ada yang dengki ?Kesian adib biasa maksudnya ? pic.twitter.com/kjnM1CZhOz
— aLeL ? (@AzlilAdzif) December 20, 2023
“Parents Adib panggil ustaz datang, ustaz check. Dua kali dia datang check, memang sebenarnya ada orang hantar.
Yang syiling-syiling tu bukan kebetulan memang ada orang hantar, supaya nak tutup kedai Adib,” katanya.
Dia berkongsi cerita sedih itu dalam satu sesi live di TikTok, lebih menyedihkan, dia memebritahu ramai pelanggan yang bertanya mengapa tidak berniaga walhal kedai itu dibuka.
Dia menyifatkan kedainya seperti ‘dikaburi’ oleh sesuatu sehingga pelanggan tidak dapat melihat kedainya itu.
Disebabkan perkara tersebut, Adib berkata cawangan itu terpaksa ditutup namun dia masih bersikap positif dan akan meneruskan perniagaannya itu.
Semoga bisnes Bananadibs terus maju!
Sumber: X