in

Doktor Salah Langkah, Kanak-kanak Usia 16 Bulan Terpaksa Dip*tong Tangan

syaz ft 2025 06 19T163150.623

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia 16 bulan terpaksa dipotong tangannya akibat kecuaian doktor.

Kejadian yang berlaku di Hospital Besar Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), Lombok, Indonesia itu menarik perhatian ramai kerana kanak-kanak yang dikenali sebagai Arumi itu masih berusia 16 bulan.


Artikel berkaitan: “Ayah takkan maafkan” – Bapa Sedih Anak Umur 6 Tahun Kudung Kaki Lepas Kemalangan

Artikel berkaitan: Individu Selamba Papar Jalankan Khidmat Rentas Sempadan M’sia ke Indonesia Secara Haram Di TikTok

Menurut laporan Lombok Post, pada 19 April, Arumi segera menjalani rawatan rapi di Hospital Besar NTB dan doktor mengesyorkan agar tangan Arumi dipotong kerana jarinya tidak dapat diselamatkan.

Menurut ibunya, Marliana, jadual pembedahan amputasi telah ditentukan oleh doktor pakar dengan persetujuan beliau dan suaminya. Akhirnya pada 12 Mei, pembedahan potong tangan dilakukan pada tapak tangan dan jari Arumi.

“Tangan kanan Arumi telah dipotong. Anak kecil saya terpaksa kehilangan masa depannya kerana kecuaian sistem perubatan ini,” katanya.

Kini, Marlina menuntut keadilan untuk anaknya. Beliau meminta kerajaan tempatan (Pemda) menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan berat terhadap doktor dan jururawat terbabit.

Dalam pada itu, selepas tularnya kes ini di media sosial, ia sampai ke pengetahuan netizen Malaysia dan ramai yang merasakan disebabkan kes sebegini ramai rakyat Indonesia terbang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber: Lombok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.