Gara-gara cuai ketika waktu bertugas, nyawa seorang pesakit melayang disebabkan doktor pelatih yang tidur sampai susah nak sedarkan diri.
Mangsa yang dikenali sebagai Sunil pada ketika itu berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Jabatan Kecemasan selepas dia dilanggar lari ketika ingin melintas jalan, namun dia didakwa tidak menerima rawatan yang sepatutnya.
Artikel berkaitan : Doktor Salah Langkah, Kanak-kanak Usia 16 Bulan Terpaksa Dip*tong Tangan
Artikel berkaitan : 2 Kaki Hilang Sebab Kecuaian Doktor Bedah, Penjawat Awam Tuntut Ganti Rugi RM55 Juta
Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 1 pagi, di sebuah hospital kerajaan yang terletak di Meerut, Uttar Pradesh, India pada hari Isnin.
Video yang berdurasi 33 saat itu kini tular memperlihatkan seorang doktor yang sedang tidur lena biarpun dah dikejutkan oleh seorang pelawat yang sekaligus telah mengundang kemarahan orang ramai.
Sumber turut melaporkan bahawa doktor tersebut dikenali sebagai Dr Aniket, seorang doktor pelatih yang bertugas ketika kejadian. Dia dan seorang lagi doktor yang dikenali sebagai Dr Bhupesah Kumar Rai dari Jabatan Ortopedik telah dipecat serta-merta susulan dengan kecuaiannya hingga pesakit meninggal dunia.
“Kedua-dua kakitangan telah dipecat dan 3 lagi pegawai penyiasat khas telah dilantik bagi mengendalikan kes ini. Laporan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari,” kata Pengarah Koleh Perubatan Memorial Lala Lajpat Rai, Dr RC Gupta.
Beliau turut menegaskan bahawa kes ini bukan sahaja pengabaian ia juga seperti tiada beza dengan satu kegiatan jenayah.
Sumber : mStar Online