in

Doktor Mengucap Panjang Lepas Pak Cik Usia 52 Tahun Dedah Buat Gigi Palsu RM500 Di Hotel

Page Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak atok ataupun nenek korang yang dah kena pakai gigi palsu? Haa, biasalah kalau kat umur-umur diorang tu, boleh kata ramai dah yang mula pakai untuk mudahkan mengunyah dan juga menjaga penampilan.

Walau bagaimanapun, pembuatan gigi palsu in memerlukan nasihat dari pakar kerana akan digunakan untuk masa yang panjang dan boleh menjejaskan kesihatan seseorang.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di Twitter menerusi perkongsian dari akaun @ArepJawa mendedahkan kisah pesakitnya yang berusia 52 tahun datang ke klinik untuk melakukan cabutan gigi.

Difahamkan pak cik itu mengalami sakit dan gigi bergoyang sewaktu makan dan bila diperiksa oleh doktor gigi ini, dia mendapati gigi palsu (denture) yang dipakai sedikit pelik serta menimbulkan tanda tanya.

“Saya buat di ‘swasta’ kat KL”

Apabila diajukan soalan kepada pak cik itu tentang di manakah pembuatan gigi palsu itu, ini jawapan yang diberikan…

“Oh, saya buat kat swasta di KL.”

Was-was dengan jawapan itu, doktor yang dikenali sebagai Doktor Arif ini bertanyakan lagi sama ada ‘swasta’ yang dimaksudkan adalah di klinik biasa ataupun di bilik-bilik hotel. Apa yang mengejutkan adalah jawapan seterusnya…

Doktor

“Bayar RM500, dah pakai 2 tahun sebab nak kawin”

Jawapan dari pak cik itu mengejutkan doktor itu bersama staf lain kerana dia dikenakan bayaran sebanyak RM500 dan telah pakai gigi palsu itu untuk 2 tahun kerana mahu menjaga penampilan untuk berkahwin.

Gigi 1

Akibat dari itu, kesemua gigi pak cik itu terpaksa dicabut kerana tak dapat diselamatkan akibat penggunaan gigi palsu yang tak berkualiti. Dia turut menasihatkan agar kerap melakukan pemeriksaan secara berkala.

Alamak… Min nak kena check jugak ni gigi sendiri. Ghisau lah!

Baca: “Ada perisa tambahan rupanya” – Guna Gigi Palsu, Ramai Kembang Tekak Tengok Cara Nenek Ini Kelim Kuih

Untitled 1 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.