Antara petua orang dulu adalah sapu nila di bahagian yang terkesan jika seseorang itu alami beguk. Selama ini kita pun bermati-matian mempercayainya bahkan sehingga kini masih ada mindset seperti itu.
Pokoknya, ketika Dr Samhan didatangi oleh pesakit yang terkena jangkitan ini, dilihat mukanya disapu dengan nila ketika ingin mendapatkan rawatan dan bila ditanya, pesakit kata ikut petua orang dulu.
Jadi, doktor ini menyatakan bahawa ianya adalah mitos dan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terpirinci, baca perkongsiannya ini.
Punca terjadi Beguk
Menerusi laman Twitter miliknya, Dr Samhan memberikan penjelasan mengenai punca, gejala, cara cegah dan risiko mengenai Beguk ini untuk mengukuhkan lagi bahawa nila bukanlah cara untuk mempercepatkan surut pada Beguk itu.
????????? ????? ????????
Beguk ini disebabkan oleh sejenis virus RNA yang bernama Paramyxovirus. Virus ini biasanya menyerang di kawasan nasofarinks dan juga bahagian kelenjar parotid (sejenis kelenjar di kawasan pipi di bawah telinga).
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Katanya, Beguk ini disebabkan oleh sejenis virus RNA yang bernama Paramyxovirus. Virus ini biasanya menyerang di kawasan nasofarinks dan juga bahagian kelenjar parotid (sejenis kelenjar di kawasan pipi di bawah telinga).
Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.Ia boleh berjangkit selepas tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.
Gejala-gejala simptom
Demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera, keletihan dan pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Ianya akan hilang dalam masa 10 ke 12 hari. Terdapat 3 cara untuk melegakan beguk ini, iaitu :
3️⃣ Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Malah, katanya lagi, Beguk ini boleh dicegah dengan pemberian vaksin, ia adalah satu vaksin yang khas untuk cegah beguk yang diberikan kepada individu berumur 12 bulan dan kemudian ketika berumur tujuh 7 sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Biarpun ianya berkesan, tak semestinya yang sudah ambil vaksin ini takkan terkena beguk.
Beguk bahaya?
Katanya, biarpun beguk ini akan pulih sepenuhnya, ada kalanya akan berlaku kompilasi kepada individu yang terkena jangkitan ini iaitu :
Bengkak ini akan pulih bersamaan dengan pulihnya beguk yang dihidapi dan tiada sebarang kesan kekal seperti masalah separa mandul dilaporkan.
2. Radang selaput otak bawaan virus (viral meningitis)
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Satu daripada 20 pesakit boleh terkena radang pankreas yang menyebabkan demam, sakit perut, muntah, cirit – birit dan hilang selera makan.
Biasanya radang pankreas jenis ini juga agak ringan namun pihak doktor mungkin akan menahan pesakit di wad untuk tujuan
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Testis boleh tiba – tiba membengkak selepas 4 hingga 8 hari mendapat bengkak di pipi (parotitis). Biasanya ia akan baik sendiri selepas itu.
Jika masih terlalu sakit, sila dapatkan rawatan di klinik untuk rawatan lanjut.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Menurutnya, ini kerana testis boleh membengkak secara tiba-tiba selepas 4 hingga 8 hari mendapat bengkak di pipi (parotitis). Namun, ia akan baik sendiri selepas itu. tetapi masih terlalu sakit, Dr Samhan sarankan untuk dapatkan rawatan di klinik untuk rawatan lanjut.
Ya, mereka mungkin mengalami masalah subfertility (separa mandul) namun bukanlah hingga 100% mandul.
“Jadi, sebenarnya tiada kaitan sapu nila boleh kecutkan beguk”
“Faham,doktor”
“Kalau testis bengkak, jangan sapu nila pulak”
Nanti batu jadi putih star!
Putih star = ungu
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) September 14, 2022
Jadi, doktor ini tidak ada menyatakan apa-apa fungsi nila boleh merawat atau kecutkan Beguk itu.
Baca : Kerana Percaya Covid-19 Hanya Mitos, Lelaki Ini Maut Selepas Hadiri Parti Covid