Selama ini kita akan ada satu mindset kalau nak hilangkan rasa pedas, kena minum air suam, kalau air sejuk nanti akan bertambah rasa pedas tu.
Untuk pengetahuan, Dr Syid Ayob Al Qudr mengatakan sebenarnya ianya tak function langsung! Nak tahu kenapa? Ikuti penjelasannya disini.
Air suam pun sebenarnya tak function
Katanya cili ini mempunyai CAPSAICIN dimana ia adalah sejenis bahan yang akan merangsang receptor sakit pada mulut yang amat sensitif dengan haba.
Bagaimanapun, CAPSAICIN ini tidak pun menghasilkan haba. Katanya, otak akan tertipu ingatkan mulut dalam bahaya, untuk lebih faham doktor ini ada berikan contohnya.
“Samalah juga bila kita kena api, kulit rasa panas kemudian reaksi kita akan alihkan tangan. Otak dah bagi isyarat untuk berhenti makan tapi kita masih makan.”
Jadi, Dr Syid menjelaskan bahawa kaedah minum air tidak sesuai kerana…
“CAPSAICIN ini sikapnya non-polar, kalau larutkan cecair yang non-polar, kena cari geng non-polar juga. Malahnya air kosong ini jenis polar, tak boleh geng, sebab tu, bila anda kepedasan minum air sejuk ke, air panas ke, dia tak jalan.”
@drsyidayob Air suam pun sebenarnya tak function #drsyid #health #fyp
♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri – Dr Syid Ayob Al Qudri
Malah, katanya air kosong ini akan membuatkan CAPSAICIN ini makin tersebar ke seluruh mulut, tidak kira yang sejuk mahupun panas.
Jadi cara untuk legakan kepedasan dengan cepat adalah cari cecair yang sifatnya sama dengan CAPSAICIN iaitu sesuatu yang non-polar.
“Contoh terbaik adalah susu atau bahan tenusu, yang mana ia akan larutkan terus CAPSAICIN tadi tu. Sebab tu banyak negaraasia yang biasanya makan pedas atau berempah ini, dessert dia mesti berasaskan susu.”
Jika seseorang itu tidak boleh minum susu (lactose intolerence), pilih minuman yang berasid seperti jus oren, jus epal, lemon atau tomato.
Baca : “Badan makin lemah, pucat” – Pemuda Alami Keradangan Dalam Perut Sebab Kuat Makan Pedas