Musim perayaan dah hampir tiba, min yakin sekarang ini memang ramai yang tengah buat persediaan sebelum meninggalkan rumah ke kampung halaman. Namun bagaimana pula bagi yang membela kucing di rumah?
Pasti korang akan buntu bagaimana nak jaga kucing dan tinggalkan dia bersendirian di rumah kan? Ya lah, raya ni sebelum gaji kan? So faham2 la…
Jadi, Dr Nor-Alimah binti Rahman, pegawai veterinar di fakulti perubatan veterinar universiti itu ada memberikan tips buat korang.
Tips tinggalkan kucing di rumah semasa pulang beraya
Kata doktor ini, anda perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi untuk kucing anda seperti air bersih, makanan dan amaun pasir yang cukup untuk si comel ni.
Katanya, untuk makanan dan air, pemilik haiwan peliharaan perlu mengukur jumlah makanan kucing sepanjang hari dan memberikan mereka jumlah itu didarabkan dengan bilangan hari.
https://www.instagram.com/p/CrDGynWM-Qp/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
“Kena kira dalam seekor tu makan berapa banyak, contohnya kalau balik kampung 3 hari, kita darabkan dengan 3 hari. Kena invest untuk beli pembuka makanan automatik.”
“Kalau ada satu kucing, sediakan 2 tempat perbuangan najis, kalau ada 2 kucing, sediakan 3 tempat pembuangan najis.”
Pada penghujung video, Dr Nor Alimah menasihati pemilik haiwan peliharaan yang akan pulang ke kampung halaman mereka yang tak dapat bawa bersama untuk menghantar ke organisasi kebajikan haiwan berhampiran rumah mereka.
“Tuan-tuan dan puan-puan yang nak balik kampung dan tak tahu macam mana nak letak kucing tu semua, kalau tak mampu bawa dia balik, mungkin boleh serahkan dia kepada banyak badan-badan kebajikan yang ada di sekitar rumah.”
Semoga tips dan panduan ini berguna kepada pembela kucing terutamanya mereka yang baru sahaja ada kucing di rumah.
Baca : Lagi Kes Kucing Panjat Orang, Kali Ini Ketika Ustaz Sedang Bagi Ceramah