Adalah jadi satu tanggungjawab seseorang itu untuk melakukan saringan, dengar penjelasan berkenaan SOP dan menjalankan kuarantin sesampainya tiba di lapangan terbang dari luar negara, tidak kiralah siapa pun kita termasuklah pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham sendiri.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor yang bertugas di lapangan tersebut melalui Twitter miliknya dan mendapat pujian orang ramai.
Dalam hati Tan Sri ‘Aku la yang buat SOP ni….’
Kelihatan TS Hisham pada waktu itu sedang mendengar penjelasan daripada petugas kesihatan mengenai SOP, foto itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 11,000 jumlah retweets sejak ia dikongsikan kelmarin (31 Januari 2022).
https://twitter.com/srahnst/status/1488101659242688514
Ketika dihubungi Team Lobak Merah, Dr. Sarah Nasution menjelaskan bahawa TS Hisham pada waktu itu baru pulang dari Geneva, Switzerland kerana menghadiri satu sidang Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO). Selain itu, dia juga akui rasa gugup ketika ingin menjelaskan SOP kepada beliau.
Kata doktor yang bekerja di Pejabat Kesihatan KLIA ini lagi, dia yang ditugaskan untuk melakukan saringan Covid-19 untuk pengembara ini menjelaskan bahawa TS Hisham seorang yang rendah diri dan patuh kepada SOP.
“Tan Sri memang low profile, dan mendengar SOP yang diterangkan oleh saya.”
Jelasnya lagi, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk semak MySejahtera, semak vaksin, lakukan saringan PCR dan membuat penjelasan mengenai SOP kuarantin.
“Tan Sri proceed dengan kuarantin seperti dinyatakan sop untuk international traveller.”
Melihat foto tersebut, ia membuatkan netizen salute dengan TS Hisham kerana bagi mereka, ini adalah role model.
Kalau min pun gugup macam nak jatuh jantung weh!