in

Doktor Di Rusia Tanam Cip Dalam Tangan Untuk Mudahkan Urusan Setiap Hari

F2 Chips R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun hidup kita sekarang ni dah semakin canggih terutamanya dengan kad berteknologi tinggi, namun kadang-kadang rasa leceh la jugak nak bawa access card atau kad bank ke mana-mana sebab takut terlupa nak bawa atau tertinggal di tempat awam.

Seorang doktor di Rusia ini telah menemui jalan penyelesaian kepada masalah seumpama itu sebab dia telah menanam cip dalam tangannya untuk memudahkan urusannya setiap hari.


Chip 2

Menurut Oddity Central, doktor sakit puan yang dikenali sebagai Alexander Volchek itu menanam cip kad bank pada lengannya baru-baru ini. Menurut laporan media Rusia, dia buat macam tu supaya dia tak payah bawa kad untuk membeli sesuatu dan dia hanya perlu tunjukkan lengannya ketika proses pembayaran.

Namun, difahamkan  itu bukanlah kali pertama dia menanam cip seumpama itu sebab sebelum ini, dia pernah melakukan prosedur itu pada 2014.

Pada 2017, doktor ini juga pernah tampil di media Rusia selepas menanam cip kad aksesnya untuk masuk ke hospital tempatnya bekerja. Mesti dia tak payah risau kalau-kalau tertinggal kad ni kat rumah sebelum pergi kerja kan. 

Chip 4

Selain itu, dia juga ada menanam cip yang mengandungi maklumat dan cara untuk menghubunginya. Menggunakan teknologi NFC, maklumat itu kemudiannya boleh dikongsikannya kepada telefon bimbit sesiapa yang berkenaan.

Doktor ini juga mendakwa hidupnya menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi cip dalam tangannya sebab dia dah tak payah nak keluarkan kad-kad tersebut daripada dompet atau beg. Korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh YouTube RT News ni untuk lebih penjelasan.

Untuk pengetahuan anda, Alexander Volchek ini juga dikenali sebagai Doctor Chip setelah kisahnya ini dikongsikan oleh media Rusia.

Hebat betul teknologi sekarang kan namun adakah anda berani untuk tanam cip macam ni dalam tubuh? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. 

Sumber: Oddity Central, YouTube RT News

Baca: “Badan saya juga tidak ada mikrocip”- Najib Tepis Dakwaan Masuk ICU Kerana Vaksin, Sempat Buat Lawak ‘Wolverine’

Chip 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.