Perkongsian menu masakan yang dibuat oleh Khairul Aming telah membuatkan Doktor Rafidah rasa kurang senang kerana menu masakan yang dikongsikan, baginya ia adalah menu yang tidak sihat kerana banyak minyak.
Teguran secara terbuka itu dibuat menerusi Twitter milik Dr Rafidah pada awal bulan hari itu, dia menasihati Khairul Aming agar menukar menu makanan yang lebih sihat kerana tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin merundum.
“Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat, banyak sangat minyak ni.”
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
Tweet tersebut telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen, Dr Rafidah menjelaskan bahawa ramai yang salah anggap kepada dirinya kerana didakwa menuduh Khairul Aming dan memohon maaf, namun begitu dia berharap agar pempengaruh masakan yang lain untuk tayang kalori pemakanan dalam berkongsikan menu juadah .
Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. TK.
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 2, 2023
Malah sebagai seorang doktor, Dr Rafidah menyatakan bahawa teguran ini adalah berdasarkan pengalamannya yang merawat rakyat Malaysia yang mempunyai penyakit kronik.
Saya jawab dalam 2 perspektif – Khairul Aming
Terpanggil dengan teguran itu, Khairul Aming bagaimanapun terima feedback tersebut dengan hati yang terbuka dan bersetuju bahawa kesihatan memainkan peranan penting dalam hidup kita.
Malah, Khairul Aming juga turut membuat penjelasan daripada 2 segi perspektif sebagai seorang rakyat Malaysia mengalami obesiti dan sebagai seorang pempengaruh masakan.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini beratnya 113kg, Khairul Aming pernah mengubah gaya hidup yang lebih sihat sehingga mampu menurunkan sebanyak 13kg.
Bagaimanapun, berat badannya kembali naik bahkan lebih tinggi daripada berat asal kerana tertekan tidak dapat menikmati makanan sekeliling kita.
“Saya suffered, sebab tu lah bila nampak mee goreng, nasi goreng, nasi kukus, nasi ayam aku(saya) makan tanpa mengawal portion dan akhir sekali berat pun naik semula.”
Bagaimanapun, untuk kali ini, Khairul Aming sudah ada cara baru dengan masih menjaga pemakanan dan dalam masa yang sama dia menikmati menu makanan di Malaysia yang sedap.
https://www.instagram.com/p/CqigqYFAsnO/
“Makanan kita sedap, rugi kalau tak makan sebenarnya, cuma kita kena kawal portion.”
Dari segi aspek diri sebagai seorang pempengaruh pula, Khairul Aming menyatakan bahawa jika bahan masakan yang digunakan digantikan dengan bahan lain yang lebih sihat, ia akan mengubah rasa dan keaslian masakan itu.
“Kalau kita nak sambal yang sedap kita kena gunakan minyak yang banyak supaya pecah minyak, kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy kena goreng dalam minyak yang banyak, kalau nak mac and cheese tak boleh kurang kan cheese nanti jadi tak sedap. Itu memang caranya.”
Dalam pada itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa inilah cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Jelasnya, untuk orang yang tak biasa masak, pasti tidak akan rasa begitu bersalah kerana tidak nampak cara pembikinan.
“Sebenarnya sama je macam kat kedai makan, cuma kita tak aware sebab kita tak pernah masak benda tu.”
“Kalau saya cuba ubah balik cara masakan dan makanan jadi tak sedap, dia maki saya balik, jadi saya memang tak boleh senangkan hati semua orang, sebab kat Malaysia ni tak semua orang tengah nak diet dan tengah nak jaga badan, ada yang nak makan sedap je.”
“Jadi saya hanya tunjuk cara sebenar makanan itu disediakan dalam dunia nyata, jadi anda semua yang buat keputusan, saya tak boleh nak kawal.”
Bagaimanapun, Khairul Aming nasihatkan cara yang terbaik adalah mengawal kuantiti makanan yang diambil. Malah Khairul Aming juga mengambil peranan untuk menasihati orang awam dengan menyokong mereka jika ingin mengubah kepada resepi yang lebih sihat.
Baca : Khairul Aming Kongsi Cara Buat ‘Voice Over’ Video Masak Bulan Puasa