Baru-baru ini, arena bola sepak tanah air digemparkan dengan kes serangan melibatkan dua pemain skuad kebangsaan dalam tempoh seminggu.
Kes kecederaan yang dialami Faisal Halim dilihat semakin membimbangkan apabila pemain itu disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian badan akibat terkena simbahan cecair asid dan kini ditempatkan di ICU.
Melecur tahap empat melibatkan tulang dan otot
Susulan berita itu, peminat bola sepak meluahkan kebimbangan terhadap nasib yang menimpa pemain Selangor FC ini.
Artikel berkaitan: “Kenapa mereka buat saya begini?” – Faisal Halim Melecur Tahap Empat, Kini Ditempatkan Di ICU
Artikel berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Tahan Suspek Lelaki Untuk Bantu Siasatan
Seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki menerusi hantaran video di TikTok mengulas mengenai kelecuran tahap empat.
Katanya, simbahan asid turut menghasilkan kecederaan yang lebih kurang sama seperti kebakaran.
Pada awalnya, kita dimaklumkan bahawa Faisal mengalami kelecuran tahap dua dan kini berada di tahap empat.
Menurut doktor, perubahan itu berlaku kerana proses penghakisan itu masih berjalan dan juga berkemungkinan ketika proses pembedahan, baru dapat mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami pemain itu.
@alepza11 Faisal Halim disahkan melecur tahap 4 dan dimasukkan ke ICU. Speedy recovery Mickey! #dralphazaki
Katanya lagi, melecur tahap empat adalah lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan tulang dan otot. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.
“Maksudnya dah terkena tulang, terkena saraf dan memang dah rentung dan bukan sekadar melecur.”
“Kalau tahap empat memang rentung sampai ke tulang, saraf pun kena. Kita tak tahu bahagian mana Faisal Halim kena. Kita harapkan pembedahannya berjalan dengan lancar”
Katanya lagi, setakat ini pihak polis sedang mengenal pasti jenis asid yang digunakan suspek.
Sumber: TikTok