in

Doktor & Anak Cedera Parah Gara-gara Dirempuh Remaja 18 Tahun Pandu SUV

Syaz Ft 2024 10 24T125639.017

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di aplikasi X video sebuah kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan sebuah Hyundai Inokom Santa Fe.

Dalam laporan Kosmo!, difahamkan kemalangan itu berlaku di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian, Taman Seri Impian, Kulang.


Artikel berkaitan: Tular Suami ‘Prank’ Curang, Netizen Kongsi Pernah ‘Handle’ Kes Isteri Maut Kemalangan Akibat ‘Prank’

Artikel berkaitan: “Seksyen 302&” –  Pemandu Wanita Sebabkan Kemalangan 3 Pelajar UiTM Dungun Didakwa Memb*nuh

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 4.10 petang semalam itu melibatkan seorang warganegara Indonesia, Dr. Agung Nugroho Darmawan, 40, serta anak lelakinya, Said Hassan, 4, dan remaja lelaki, Chung Henry, 18, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) milik bapanya.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika remaja lelaki itu dalam perjalanan dari bandar Kluang menuju ke rumahnya di dalam Taman Sri Impian.

“Ketika sampai di Bulatan di Jalan Persiaran Taman Sri Impian, kereta Perodua Bezza dipandu warga Indonesia yang juga Pegawai Perubatan Hospital di KPJ Kluang dikatakan keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri bulatan berkenaan.

Akibat kejadian itu, remaja lelaki berkenaan gagal mengelak dan memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum merempuh bahagian kanan tempat pemandu,” katanya.

Apa yang menyedihkan, kemalangan itu menyebabkan pemandu warganegara Indonesia itu mengalami patah tulang rusuk, kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan, kini menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Anak lelakinya pula mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, remaja lelaki berkenaan bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Sumber: Kosmo, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.