in

“Document beli rumah nipis macam tu?” – [VIDEO] Aisar Khaled Dikecam, Kata Beli Rumah Rupanya Sewa?

Aisar Khaled Beli Rumah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai rumah sendiri adalah impian ramai orang, ia menunjukkan kewangan anda semakin stabil dan memberikan anda kehidupan yang selesa.

Sungguhpun begitu, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan penyediaan yang rapi dan anda perlu berurusan dengan pihak bank kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar.


Baru-baru ini, Aisar Khaled yang merupakan seorang influencer yang kian dikenali oleh netizen bangga apabila mendakwa dirinya berjaya beli kondo mewah bernilai RM1 juta di usia 22 tahun, dia memberitahu ‘berita’ baik tersebut melalui media sosialnya.

https://www.instagram.com/p/CbrhzCUvRgJ/?utm_source=ig_web_copy_link

“Alhamdulillah rumah pertama berhadapan Kl Tower. ❤️

tak sangka dengan usia yg macamni dapat jugak apa yg i impikan syukur sangat sangat ? ” tulisnya dalam kapsyen.

Selain itu, Aisar juga memuat naik video di TikTok yang menunjukkan proses pembelian rumahnya itu dan membuat sedikit ‘house tour’.

https://www.tiktok.com/@aisarkhaledd/video/7079683632499051802?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

“Tajam betul mata netizen”

Untitled Design 2022 04 11T110302.343

Video tersebut semestinya menarik perhatian netizen kerana difahamkan, rumah tersebut terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan berharga RM 1 juta.

Bagaimanapun, mata netizen lebih tajam! Dalam video tersebut, kelihatan influencer itu menandatangani dokumen yang dipanggil ‘Tenancy Agreement’ dan borang itu hanya digunakan dalam urusan sewa rumah.

Malah dalam video itu juga, Aisar difahamkan membayar sejumlah wang yang banyak untuk membeli rumah itu secara tunai, kemudian diberikan kepada seorang wanita yang kelihatan seperti seorang ejen.

Menurut netizen, perkara itu tidak logik kerana urusan beli rumah biasanya berlaku diantara individu dan pihak bank.

Taa

Oh macam tu ke? Takpelah harap kita semua dimurahkan rezeki…

Baca: Netizen Tak Boleh ‘Brain’ Motif Aisar Khaledd Buat ‘Content’ Hidup Bujang Tapi Tayang Duit

Aisar Khaled Beli Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.