in

“Doakan Fatima semua…” – Fattah Amin Banyak Kali Cuba Jumpa Anak Tapi Gagal Sebab…

syaz ft 2025 03 07T120550.136

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perceraian bukanlah sesuatu perkara yang mudah, banyak pihak yang terkesan dengan jika ianya berlaku.

Terbaru, pelakon terkenal Fattah Amin meminta orang ramai untuk mendoakan anaknya yang kini dalam keadaan kurang sihat.


Artikel berkaitan: “Saya tak sangka” –  Lagu Baru Fattah Amin ‘Trending’, Dapat Sambutan Luar Biasa

Artikel berkaitan: “Mungkin dia merajuk, itu normal’ –  Fattah Amin Respons Reaksi Fatima ‘Tak Sayang Daddy’, Kongsi Gambar Terbaru Dengan Anak

Bagaimanapun, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, mendakwa gagal berjumpa dengan puterinya itu selepas beberapa kali membuat percubaan ke rumah bekas isteri, Nur Fazura.

cats 5

Menerusi laman Instagram miliknya, Fattah berkongsi gambar anaknya yang sedang diberikan ubat.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima. Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut,  pelakon yang juga juara Hero Remaja itu menangkap layar gambar anaknya menerusi Instagram anaknya yang dikawal bekas isteri, bagaimanapun tidak diketahui apakah penyakit yang sedang dialami puteri tunggalnya itu.

Sebagai info, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Susulan perceraian itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.